Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kes pertama Covid-19 dilapor di Perkampungan Olimpik Tokyo

Jul 17, 2021 | 01:23 PM



TOKYO: Olimpik Tokyo telah melaporkan kes Covid-19 pertamanya di Perkampungan Olimpik, enam hari sebelum Sukan Olimpik dirasmikan, kata penganjur acara itu pada Sabtu (17 Julai).



"Terdapat seorang individu yang dijangkiti di Perkampungan Olimpik ini. Ini adalah kes pertama di sini yang dilaporkan sewaktu ujian pemeriksaan Covid-19," kata jurucakap jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik di Tokyo, Encik Masa Takaya, dalam satu sidang akhbar.



Pihak penganjur, bagaimanapun, enggan mengenal pasti siapa kes tersebut. Yang diketahui beliau telah diasingkan daripada Perkampungan Olimpik yang menjadi tempat tinggal ribuan olahragawan dan pegawai rasmi sukan besar-besaran itu.



"Buat masa ini, individu itu sudah diasingkan dan tinggal di hotel," tambah Encik Takaya lagi.



Ketua Penganjur Sukan Tokyo 2020, Encik Seiko Hashimoto, berkata: "Kami sedang melakukan sebaiknya bagi mengelakkan sebarang penularan Covid-19. Jika wabak ini menular, kami akan pastikan kami akan mempunyai rancangan bagi memberi respons sebaiknya."



Di lokasi Sukan Olimpik yang ditunda selama setahun kerana pandemik, pihak penganjur telah menguatkuasakan langkah bagi mengelak jangkitan koronavirus berlaku di Perkampungan Olimpik itu. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >