Kesilapan Newcastle hampir bawa padah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesilapan Newcastle hampir bawa padah

Feb 24, 2025 | 4:47 PM

Kesilapan Newcastle hampir bawa padah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pengurus Newcastle, Eddie Howe, mengakui kesilapan pasukannya telah memberi peluang kepada Nottingham Forest untuk menjaringkan dua gol.
Pengurus Newcastle, Eddie Howe, mengakui kesilapan pasukannya telah memberi peluang kepada Nottingham Forest untuk menjaringkan dua gol. - Foto AFP

LONDON: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe, mengakui bahawa pasukannya gagal mengekalkan tumpuan apabila mereka terpaksa melalui detik-detik penuh debaran sebelum berjaya meraih kemenangan 4-3 ke atas Nottingham Forest.

Ini berlaku selepas mereka mendahului 4-1 pada separuh masa pertama dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada 23 Februari.

Newcastle menjaringkan empat gol dalam tempoh 11 minit separuh masa pertama apabila mereka menguasai permainan dan mungkin sepatutnya mendahului dengan kelebihan jaringan yang lebih besar.

Namun, corak permainan mereka yang merosot pada separuh masa kedua mengejutkan Howe.

Newcastle kelihatan memberi pelbagai peluang kepada Forest dan bernasib baik Forest hanya berjaya menjaringkan dua gol selepas masa rehat.

“Saya cuba mengawal pemikiran saya dan kekal positif,” kata Howe kepada media.

“Kami telah berada di depan dengan selesa dan itu yang perlu kami lakukan. Saya rasa kami bermain dengan hebat pada separuh masa pertama.

“Kami gagal mengekalkan prestasi (dalam babak kedua) tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan kemenangan ini.”

Forest mendahului seawal enam minit permainan.

Namun, Newcastle kemudian bangkit untuk menguasai separuh masa pertama apabila Alexander Isak menjaringkan dua gol untuk menjadikan jumlah jaringannya kepada 50 gol dalam 76 penampilan EPL.

“Perlawanan ini sentiasa sukar dan apabila mereka (Forest) mendahului awal, anda tahu ia adalah tugas yang berat,” kata Howe.

“Saya rasa kami telah bermain dengan baik, namun kemudian beberapa kelemahan terserlah di bahagian pertahanan.

“Apabila anda menang dan ada perkara yang perlu diperbaiki, itu adalah titik permulaan yang baik. Itu yang saya pelajari hari ini.

“Kami boleh merenung semula 45 minit (separuh masa kedua) dan ada perkara yang boleh kami lakukan dengan lebih baik lagi.

“Namun, kami bangga dengan peningkatan corak permainan kami.”

Howe memuji Isak, yang menjadi pemain kedua Newcastle dalam era EPL yang mencapai 50 gol, selepas bekas penyerang England, Alan Shearer.

“Ia adalah pencapaian besar dan apabila beliau bermain seperti yang dilakukan dalam separuh masa pertama, beliau amat penting untuk kami,” kata Howe.

“Beliau menunjukkan kepantasannya dan lariannya (untuk gol kedua) amat baik. Beliau sememangnya pemain handal.” – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg