Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Kesilapan’ United pilih penjaga gawang

Apr 14, 2025 | 3:52 PM
Jim Leighton bermain sebagai penjaga gawang United dari  1988 hingga 1992. Gawang beliau dibolosi sebanyak 153 kali dalam 111 perlawanan.
Jim Leighton bermain sebagai penjaga gawang United dari 1988 hingga 1992. Gawang beliau dibolosi sebanyak 153 kali dalam 111 perlawanan. - Foto INSTAGRAM SCOTLANDNATIONALTEAM

Jim Leighton (1988-1992)

Pengurus Manchester United ketika itu, Alex Ferguson, yakin Jim Leighton merupakan antara penjaga gawang terbaik di dunia apabila beliau menandatanganinya daripada Aberdeen pada 1988.

Setelah bekerja bersama di Aberdeen, penjaga gawang Scotland itu merupakan pemain penting dalam kejayaan Ferguson di sana dan masih dianggap secara meluas sebagai penjaga gawang terhebat Scotland.

Bagaimanapun, kemerosotannya mencerminkan situasi yang serupa antara hubungan Erik ten Hag dengan Andre Onana, di mana Ten Hag pernah bekerja dengan Onana untuk mencapai kejayaan besar di Ajax.

Namun, peluang terakhir yang diberikan adalah prestasi teruk Leighton pada perlawanan peringkat akhir Piala FA 1990 menentang Crystal Palace, di mana kesilapannya menyumbang kepada keputusan seri 3-3.

Mark Bosnich menjadi penjaga gawang Manchester United pada 1999-2001. Beliau hanya berjaya membuat 38 penampilan untuk United.
Mark Bosnich menjadi penjaga gawang Manchester United pada 1999-2001. Beliau hanya berjaya membuat 38 penampilan untuk United. - Foto ALLSPORT

Mark Bosnich (1999-2001)

Manchester United menandatangani penjaga gawang Australia, Mark Bosnich, pada penghujung tahun 1980-an tetapi mereka menamatkan kontrak beliau apabila Peter Schmeichel menyertai United pada 1991.

Bosnich menghabiskan tujuh tahun di Aston Villa, di mana beliau menjadi pemain yang boleh dipercayai di gawang, sebelum kembali semula ke United pada 1999 untuk menggantikan Schmeichel.

Beliau memenangi trofi Liga Perdana England (EPL) sebagai penjaga gawang utama pada musim 1999-2000 tetapi menyaksikan kedudukannya merosot kepada penjaga gawang pilihan ketiga apabila Fabien Barthez dibawa masuk.

Massimo Taibi menjadi penjaga gawang Manchester United pada 1999-2000. Beliau hanya bermain empat perlawanan untuk United, dan gawang beliau dibolosi sebanyak 11 kali dalam tempoh itu.
Massimo Taibi menjadi penjaga gawang Manchester United pada 1999-2000. Beliau hanya bermain empat perlawanan untuk United, dan gawang beliau dibolosi sebanyak 11 kali dalam tempoh itu. - Foto INSTAGRAM THESOCCERTRIBUNE

Massimo Taibi (1999-2000)

Detik yang tidak boleh dilupakan semasa beliau di Manchester United adalah kesilapan teruk beliau ketika menentang Southampton, yang mengukuhkan reputasinya sebagai penjaga gawang yang kurang meyakinkan.

Taibi berjaya bermain hanya empat perlawanan EPL untuk United, dan gagal menyemai rasa keyakinan kepada kededua penyokong dan rakan sepasukannya

Selepas mengharungi pengalaman yang mengecewakan di Old Trafford, kelab itu memutuskan untuk menjual beliau kepada Reggina, kelab yang bermain di Serie D, liga peringkat keempat liga Itali.

Ricardo merupakan antara penjaga gawang Manchester United pada 2002 hingga 2005. Beliau hanya bermain lima perlawanan untuk United, dan gawang beliau dibolosi sebanyak enam kali.
Ricardo merupakan antara penjaga gawang Manchester United pada 2002 hingga 2005. Beliau hanya bermain lima perlawanan untuk United, dan gawang beliau dibolosi sebanyak enam kali. - Foto GIVEMESPORT

Ricardo (2002-2005)

Ricardo merupakan pemain antarabangsa yang membuat dua penampilan untuk Sepanyol dalam kerjayanya tetapi tidak berjaya membuat nama di Old Trafford.

Semasa berada di kelab itu, beliau hanya menjadi penjaga gawang pilihan kedua dan dihadkan kepada hanya satu penampilan EPLsebagai pengganti Fabien Barthez yang cedera.

Namun, beliau memastikan bahawa beliau membuat penampilan itu satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Beliau mengasari pemain lawan untuk berikan penalti kepada Blackburn Rovers, tetapi beliau berjaya menghalang Blackburn daripada menjaringkan penalti tersebut.

Victor Valdes boleh dianggap sebagai penjaga gawang legenda Barcelona Pep Guardiola yang dianggap sebagai antara pasukan terbaik di dunia pada masa itu. Namun, masa beliau di United kurang memuaskan.
Victor Valdes boleh dianggap sebagai penjaga gawang legenda Barcelona Pep Guardiola yang dianggap sebagai antara pasukan terbaik di dunia pada masa itu. Namun, masa beliau di United kurang memuaskan. - Foto LEE SMITH

Victor Valdes (2015-2016)

Dari segi keseluruhan kerjaya bola sepak, Victor Valdes merupakan antara penjaga gawang terbaik dunia.

Berkemungkinan pencapaian beliau dipandang remeh oleh ramai dalam generasinya.

Beliau merupakan antara pemain penting dalam kejayaan pasukan Barcelona kendalian Pep Guardiola.

Selepas memperoleh begitu banyak kejayaan di Camp Nou, pemain itu hanya berjaya membuat dua penampilan EPL berikutan perpindahannya ke Manchester United.

Beliau melalui proses pemulihan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) di United. –Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg