Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketajaman Kane bantu Bayern atasi Leverkusen

Mar 6, 2025 | 2:37 PM
Pemain tengah Bayern Munich, Jamal Musiala (kiri), meraikan jaringan beliau semasa menentang Leverkusen bersama penyerang Bayern, Harry Kane.
Pemain tengah Bayern Munich, Jamal Musiala (kiri), meraikan jaringan beliau semasa menentang Leverkusen bersama penyerang Bayern, Harry Kane. - Foto AFP

MUNICH: Bayern Munich mempunyai kelebihan untuk layak ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara selepas jaringan daripada Harry Kane dan Jamal Musiala membantu mereka mengatasi Bayer Leverkusen 3-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara mereka.

Dalam sembilan minit pertama, Bayern menjaringkan gol apabila Kane menanduk bola masuk gawang melalui hantaran Michael Olise.

Leverkusen hampir menyamakan kedudukan perlawanan apabila Jeremie Frimpong menyekat hantaran Dayot Upamecano yang lemah dalam kotak penalti.

Namun kapten dan penjaga gawang Bayern, Manuel Neuer, berjaya menghalang percubaan Frimpong.

Harapan Leverkusen untuk bangkit pada separuh masa kedua dipadamkan apabila kesilapan Kovar memberi peluang kepada Musiala untuk menjaringkan gol dengan mudah.

Keadaan menjadi semakin muram bagi Leverkusen apabila pemain pertahanannya, Nordi Mukiele, dilayangkan kad merah (kad kuning kedua) selepas mengasari Kingsley Coman sebelum Kane menyempurnakan sepakan penalti untuk gol ketiga Bayern.

“Ini adalah Liga Juara-Juara, perlawanan besar berbanding perlawanan yang lain,” kata Kane kepada media selepas perlawanan.

“Kami menentang pasukan yang telah beraksi hebat sejak beberapa musim lalu. Jika kami gagal mengekalkan rentak kemenangan ini, ia tidak bermakna.”

Sembilan gol yang dijaringkan oleh Kane merupakan jumlah yang tertinggi oleh pemain Inggeris dalam satu kempen Liga Juara-Juara.

Penyerang berusia 31 tahun itu juga telah menjaringkan sembilan gol dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, dengan hanya Frank Lampard (15) dan Wayne Rooney (14) mempunyai lebih gol daripada beliau.

17 daripada jumlah jaringan tersebut datang dalam Liga Juara-Juara, jumlah yang terbanyak berbanding dengan mana-mana pemain lain dalam pertandingan dalam tempoh masa sejak beliau menyarung jersi Bayern.

Wartawan The Athletic, Rory Smith, berkata: “Terdapat perdebatan yang boleh diadakan mengenai prestasinya.

“Terdapat perlawanan menentang Frankurt baru-baru ini di mana beliau tidak bermain dan Bayern bermain dengan lebih lancar.”

“Tetapi beliau seorang penjaring gol yang boleh dipercayai. Walaupun beliau menjejaskan kelancaran pasukan sedikit, bagaimana anda boleh mengecualikannya?”

Perlawanan kedua Liga Juara-Juara antara Bayern dan Leverkusen akan berlangsung pada 12 Mac. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg