Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ketua eksekutif Richard Arnold akan tinggalkan Man U selepas 16 tahun

Nov 16, 2023 | 05:07 PM



LONDON: Ketua Eksekutif Manchester United, Richard Arnold, akan meninggalkan kelab itu selepas berkhidmat selama 16 tahun, sedang perjanjian Jim Ratcliffe untuk membeli 25 peratus saham pasukan Old Trafford itu hampir selesai.


Arnold, yang menggantikan Ed Woodward sebagai ketua eksekutif pada Februari 2022, akan memberikan “sokongan peralihan” hingga akhir Disember 2023.

Peninggalannya berlaku sedang syarikat Ineos milik Ratcliffe memuktamadkan pembelian saham minoriti £1.25 bilion ($2.09 bilion) United.

Patrick Stewart akan mengambil alih sebagai ketua eksekutif sementara sedang kelab itu memutuskan pengganti tetap.

“Bagi saya berkhidmat bersama kelab bola sepak besar ini selama 16 tahun adalah satu penghormatan besar,” kata Arnold, 52 tahun.

“Melalui suka dan duka, yang tetap ialah dedikasi pekerja dan peminat kami.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas kesetiaan dan komitmen mereka, dan saya mengharapkan masa depan yang terbaik bagi semua yang ada kaitan dengan kelab ini.”







Stewart mewakili United dalam mesyuarat Liga Perdana dan Persatuan Kelab Eropah baru-baru ini.

Beliau juga menguruskan hal ehwal undang-undang dan peraturan kelab dalam peranannya sebagai peguam.

Beliau berada di kelab itu sejak 2006 – tetapi berapa lama beliau akan kekal dalam jawatan sementara barunya itu tidak pasti sedang penyusunan semula dijangka berlaku di Old Trafford.

Pengumuman perjanjian Ratcliffe itu, yang dijangka disahkan semasa tempoh rehat antarabangsa pada November, dan pengesahannya oleh Liga Perdana akan mengambil masa antara enam dengan lapan minggu.

Selama tempoh masa itu, jutawan Britain itu tidak akan dapat menyumbang kepada operasi kelab tersebut.

Pengerusi bersama United, Joel Glazer, berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Richard atas khidmatnya sejak 16 tahun lalu, dan saya mengharapkan yang terbaik buat masa depannya.

“Kami bertuah kerana dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman mendalam Patrick Stewart untuk menyediakan kestabilan dan kesinambungan sementara sedang kami memulakan pencarian CEO tetap baru.”

Arnold menyertai United pada Ogos 2007 selaku pengarah urusan kelab itu dari 2013 sehingga beliau menggantikan Woodward.

Beliau turut menyelia perjanjian penajaan penting antara United dengan Adidas dan Qualcomm, tetapi dikritik kerana mengendalikan situasi berkaitan penyerang muda, Mason Greenwood.

Pada musim panas lalu, Arnold menyelia pelantikan pengurus semasa, Erik ten Hag, yang berjaya memberi trofi pertama kelab itu dalam enam tahun dengan memenangi Piala Carabao pada musim sulungnya.

Namun United sedang mengharungi permulaan sukar dalam kempen 2023-2024, setelah tewas dalam sembilan daripada 18 perlawanan pertama mereka dalam semua pertandingan.

Arnold melaksana peranannya sebagai tokoh tegas dan beliau tidak takut untuk berundur dan membiarkan orang lain mendapat perhatian utama. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >