Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Maguire: Keputusan saya kekal di Man U kini buahkan hasil

Nov 14, 2023 | 12:00 PM



LONDON: Pemain pertahanan Manchester United Harry Maguire berasa beliau telah mendapat ganjaran bagi keyakinannya untuk kekal di Old Trafford, bagi membuktikan beliau layak mendapat tempat dalam kesebelasan utama pengurus Erik ten Hag.


Maguire membuat permulaan Liga Perdana kelimanya musim ini semasa perlawanan menentang Luton di Old Trafford pada Sabtu, yang membawa kemenangan 1-0.

Ia lebih daripada yang dijangka bagi musim ini, memandangkan hingga akhir September lalu beliau hanya bermain beberapa perlawanan dan itu pun sebagai pemain gantian.

Tetapi Maguire beraksi dengan begitu baik sejak memainkan peranan penting dalam kemenangan dramatik ke atas Brentford pada 7 Oktober hingga beliau memastikan pemenang Liga Juara-Juara Eropah, Raphael Varane, kekal di bangku simpanan.

Maguire menolak tawaran West Ham musim panas ini dan membuat keputusan untuk kekal di Old Trafford, walaupun kelab itu menerima tawaran bagi pemain berusia 30 tahun itu.

“Saya bermain hanya beberapa perlawanan tahun lalu, saya tidak bermain sebanyak yang saya mahukan,” kata bek tengah England itu.

“Saya mempunyai dua atau tiga peluang untuk bermain secara konsisten, tetapi saya dirundung keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, dan kemudian mengalami kecederaan dua kali.

“Jadi saya tidak pernah mendapat rentak permainan untuk membolehkan saya membuktikan diri saya kepada pengurus.

“Hakikatnya, saya suka bermain untuk kelab ini dan ia adalah satu penghormatan besar bagi saya. Saya sanggup berjuang untuk tempat saya dalam kesebelasan utama,” ujarnya.

Maguire hanya memulakan lapan perlawanan Liga Perdana musim lalu, dengan ten Hag kurang yakin akan persembahan dan prestasinya.

Ia akhirnya menjadi persaingan langsung antaranya dengan Varane bagi slot permulaan, dengan bekas pertahanan Perancis dan Real Madrid itu muncul sebagai pilihan pengurus asal Belanda itu.

Bagaimanapun, Maguire tidak membiarkan keadaan itu menjejasnya secara negatif, sebaliknya beliau menggunakan pengalaman kerjayanya yang luas untuk menyalurkannya sebagai sesuatu yang positif.

“Anda menggunakan pengalaman anda dan kenangan yang anda ada,” katanya. “Saya terpaksa bekerja keras dalam latihan untuk memastikan saya bersedia.

“Terdapat banyak perbincangan mengenai saya kerana saya tidak bermain, tetapi saya bermain dengan baik untuk negara saya, mewakili negara saya di Piala Dunia dan sentiasa meyakini kemampuan saya sendiri.

“Tetapi di United, saya bersaing dengan beberapa bek tengah yang bertaraf dunia dan musim lalu mereka bermain dengan menakjubkan, jadi saya tidak mendapat banyak peluang seperti yang saya inginkan” tambahnya.

“Yang penting ialah pasukan. Saya tidak boleh berfikiran negatif hingga menjejas prestasi dan suasana dalam pasukan. Saya harus bersikap profesional, berlatih bersungguh-sungguh dan bersiap sedia apabila khidmat saya diperlukan,” ujar beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >