Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ketua Ferrari: Aneh kalau ubah keputusan perlumbaan 2008

Komen susuli bekas pemandu Felipe Massa timbang tindakan undang-undang berkaitan ‘kemalangan’ pemandu Renault Nelson Piquet Jr yang disengajakan
Aug 23, 2023 | 04:51 PM



PARIS: Ketua pasukan kereta lumba Ferrari, Frédéric Vasseur, berkata adalah “aneh” jika keputusan kejuaraan dunia 2008 diubah selepas 15 tahun.


Ini sedang bekas pemandu pasukan itu, Felipe Massa, berusaha mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan Formula Satu (F1) dan cuba mendapatkan pampasan bagi apa yang disifatkannya sebagai satu skandal.

Peguam Massa mendakwa pelumba itu hilang kejuaraan tersebut kepada Lewis Hamilton pada masa itu kerana pasukan Renault menetapkan perlumbaan Grand Prix Singapura.

Vasseur berkata ia satu isu sukar dengan keadaan yang “luar biasa”.

Beliau menambah: “Saya tidak suka langkah mengubah keputusan 15 minit selepas bendera tamat perlumbaan dikibar – apatah lagi 15 tahun.”

Dalam sepucuk surat yang dilihat sendiri agensi Reuters, pasukan undang-undang Massa berkata ia sedang mendapatkan pampasan yang boleh mencecah hingga puluhan juta dolar bagi apa yang disifatkan mereka sebagai konspirasi yang menafikan beliau kejuaraan 2008 itu.


Tindakan Massa timbul menyusuli satu interviu bersama mantan ketua F1 Bernie Ecclestone awal tahun ini, di mana beliau menyatakan beliau bersama presiden Fédération Internationale de l’Automobile (FIA), pertubuhan yang mengawal selia F1, ketika, Max Mosley, tahu kemalangan melibatkan pemandu Renault ketika itu, Nelson Piquet Jr, disengajakan namun mereka tdak mengambil tindakan.

Ecclestone memberitahu Reuters beliau tidak ingat ada mengatakan perkara yang dikaitkan dengannya.


Piquet mendedahkan pada 2009 bahawa kemalangannya itu disengajakan dan tindakannya itu membawa kepada satu siasatan yang mengakibatkan ketua pasukan Renault, Flavio Briatore, dan ketua pegawai teknikal pasukan itu, Pat Symonds, digantung daripada F1 selama beberapa tahun.

Kededuanya kini telah dibenarkan kembali ke sukan itu.

Kemalangan itu mencetuskan tempoh kerahan kereta keselamatan yang membantu rakan sepasukannya Fernando Alonso terus mara dan seterusnya memenangi perlumbaan tersebut.

Siasatan selanjutnya menunjukkan Alonso tidak tahu-menahu tentang rancangan kemalangan tersebut.

Pada masa itum, Massa sedang mendahului perlumbaan namun kesilapan yang dilakukannya semasa di perhentian pit menyebabkannya meninggalkan kawasan itu dengan hos minyak masih terlekat pada kereta lumbanya, sehingga memaksanya menarik diri daripada perlumbaan itu.

Pelumba asal Brazil itu kemudian tewas kepada Hamilton dalam kejuaraan F1 musim itu dengan hanya satu mata.

Vasseur menjawab satu soalan mengenai situasi itu dalam satu sidang media pada Selasa.

F1 kembali daripada rehat musim panasnya bagi Grand Prix Belanda pada hujung minggu ini, sementara menantikan keputusan siasatan FIA sama ada sebarang pasukan melanggar had kos mereka pada musim lalu.

Pada 2022 Red Bull didenda £5.49 juta ($9.5 juta) dan pengurangan hingga 10 peratus dalam kos kajian aerodinamik mereka selepas pasukan itu didapati melanggar had kos mereka sebanyak £1.46 juta.

Terdapat spekulasi bahawa sekurang-kurangnya dua pasukan melanggar had kos pada 2022, namun FIA menekankan sebelum rehat musim panas bahawa siasatan belum selesai.

Vasseur, yang sebelum ini, menyatakan hukuman ke atas Red Bull agak ringan berkata:

“Apakah ia membimbangkan saya? Tidak, kerana saya fikir FID menjelaskan pada Julai bahawa keputusan siasatan akan dikeluarkan pada awal September atau lebih kurang begitu.

“Saya yakin sepenuhnya bahawa mereka sedang melakukan tugas yang baik dan akan membentangkan keputusan seperti yang dirancang.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >