Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mampukan Lewis Hamilton raih kejayaan dengan Ferrari?

Feb 13, 2024 | 05:30 AM



LONDON: Lewis Hamilton akan berusia 40 tahun di permulaan musim bersama Ferrari pada 2025, menyusuli keputusannya berpindah ke kelab Maranello itu pada akhir 2024.

Tidak lama dahulu, Hamilton menyatakan beliau tidak dapat bayangkan dirinya berlumba selepas usia tersebut.

Dan kini, apabila disoal tentang masa depannya, Hamilton melahirkan hasrat akan terus bersama Mercedes sehingga akhir kerjaya lumbanya.

Langkah Hamilton untuk berpindah ke Ferrari berlaku dengan pantas.

Hanya tiga minggu lalu, pasukan Italy itu berbincang dengan Carlos Sainz bagi melanjutkan kontraknya untuk beliau bergandingan dengan Charles Leclerc.

Namun presiden Ferrari, John Elkann, kemudian diberitahu bahawa khidmat Hamilton mungkin boleh didapatkan – memandangkan juara dunia tujuh kali itu hanya menandatangani kontrak dua tahun bersama Mercedes sebelum itu.

Perbincangan kemudian dimulakan dan berakhir dengan pantas – meletakkan Hamilton dalam kedudukan sukar sedang musim baru bermula – dan majikannya pada masa kini sedar di mana hati Hamilton terletak.

Mercedes hanya tahu akan situasi tersebut baru-baru ini, dan kakitangan Mercedes diberitahu cuma beberapa jam sebelum pengumuman rasmi dibuat dan selepas berita itu tersebar meluas ke serata dunia.

Mereka kemudian bertemu dengan ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff, serta pengarah teknikalnya, James Allison.

Keputusan Hamilton itu hampir menyerupai keputusan yang pernah dibuat Fernando Alonso ketika beliau menyertai McLaren buat kali pertama.

Ketika itu, kontrak bersama Ferrari ditandatangani pada lewat 2005, bagi perpindahan pada 2007. Dan ketika itu Alonso masih mempunyai kontrak selama setahun bersama Renault.

Keputusan tersebut kelihatan tidak menjejas Alonso.

Malah Alonso turut memenangi kejuaraan dunia keduanya bersama Renault pada 2006, sejurus sebelum perpindahannya ke McLaren.

Mengapa perpindahan berlaku?


Apa yang berlaku di Mercedes dan membuat Hamilton mengubah fikirannya dengan pantas, padahal beliau telah membuat komitmen dengan majikannya pada masa kini yang dianggap kerjasama paling berjaya dalam sejarah Formula Satu (F1) pada 2014 hingga 2020?

Dalam kenyataannya, Hamilton mengumumkan tentang keputusannya untuk berpindah majikan dalam usaha mencari “cabaran baru” dan tarikan lagenda Ferrari sudah pasti menjadi sebahagian daripadanya.

Hanya beberapa pemandu sahaja yang boleh menolak tawaran Ferrari, pasukan yang dianggap paling dikenali.

Mungkin tawaran berdasarkan gaji merupakan sebahagian daripada keputusan itu.

Mungkin juga jangka hayat kerjaya yang lebih lama.

Perjanjian Hamilton dengan Mercedes sebelum ini merupakan kompromi antara komitmen jangka panjang yang diinginkannya dengan jangka singkat yang ditawar kepadanya.

Akhirnya Hamilton sendiri yang memilih untuk keluar awal. Mungkin juga kerana tawaran Ferrari sukar ditolak.

Namun Hamilton sebenarnya sudah pun mempunyai cukup wang dan beliau dijangka menjadi bintang utama pasukan itu selagi beliau mampu berikan yang terbaik dan ingin terus kekal dengan Ferrari.

Apa yang diinginkannya adalah kejuaraan kelapan.

Beliau mungkin berasa bahawa Ferrari dapat menebus kekecewaan yang dilaluinya dalam lumba di Abu Dhabi pada 2021 – dengan beliau tewas menyusuli keputusan pengarah perlumbaan yang dianggapnya enggan mematuhi peraturan tempoh kereta keselamatan dengan betul.

Mampukah keputusan Hamilton membuahkan hasil?


Pada masa ini, tiada apa yang dapat menentukan bahawa keputusan yang diambil Hamilton ini tepat.

Ini merupakan satu taruhan dan lebih tinggi risikonya berbanding ketika apabila beliau berpindah ke Mercedes daripada McLaren pada 2013.

Pada masa itu, alasan perpindahannya adalah kerana Mercedes menawarkan enjin hybrid yang amat canggih dan berteknologi tinggi.

Justeru Mercedes pastinya lebih kukuh daripada McLaren.

Keputusan Hamilton ketika itu ternyata tepat.

Namun terdapat juga sebab mengapa Hamilton tidak sepatutnya berpindah ke Ferrari.

Ferrari belum pernah merangkul sebarang kejuaraan sejak 2007 apabila Hamilton dan McLaren mula tunjukkan kemajuan di akhir tahun.

Sejak itu, Alonso pernah hampir membantu Ferrari menjadi juara, namun ditewaskan oleh Sebastian Vettel (Red Bull) pada 2010 dan 2012.

Padahal Ferrari pada ketika itu mempunyai kereta yang jauh lebih baik daripada pasukan lain.

Hamilton sendiri menyaksikan bagaimana Ferrari tewas kepada Vettel lagi pada musim 2017 dan 2018.

Dan Hamilton juga tahu akan kesukaran yang dialami Ferrari pada 2019 apabila enjin kereta mereka dikatakan tidak sah.

Persaingan Ferrari juga mulai merosot pada 2020 dan kemudian sekali lagi menurun pada 2022.

Kesan pada Mercedes


Sementara itu Mercedes pula memulakan musim kali ini dengan penuh tanda tanya.

Padahal Mercedes sudah mula menunjukkan kemajuan pada musim lalu.

Namun kereta mereka yang dibina ada masalah dan banyak yang tidak diketahui tentang masa depan pasukan itu.

Hamilton mungkin sedar akan reka bentuk kereta yang dipandunya bersama Mercedes. Mungkin itu juga membuatnya berasa sangsi akan potensi pasukan tersebut.

Justeru perpindahan Hamilton menyebabkan Mercedes kini menghadapi masalah.

Daripada sebuah pasukan dengan dua pemandu hebat – Hamilton dan George Russell – Mercedes kini perlu mencari pengganti yang setanding jika tidak lebih baik daripada Hamilton.

Dalam kalangan pemandu hebat – Hamilton, Verstappen, Alonso, Leclerc, Russell dan Lando Norris – hanya Alonso sahaja yang mempunyai kontrak yang akan berakhir pada 2025.

Namun sukar dibayangkan jika Mercedes akan mendapatkan khidmatnya berdasarkan masalah yang dihadapi Alonso dengan Hamilton pada 2007 semasa kededuanya bersama pasukan itu.

Justeru Mercedes pastinya ingin dapatkan pemandu baru yang mampu membantu pasukan itu memburu kejayaan pada masa depan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >