Fifa: Iran akan tetap sertai Piala Dunia di AS
Fifa: Iran akan tetap sertai Piala Dunia di AS
Persekutuan Bola Sepak Iran telah desak agar tiga perlawanan kumpulan pasukan itu dipindah ke Mexico
Apr 1, 2026 | 4:48 PM
Fifa: Iran akan tetap sertai Piala Dunia di AS
Timbalan Presiden Pertama Persekutuan Bola Sepak Iran, Mehdi Mohammad Nabi (kanan), menyambut Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino, di Turkey pada 31 Mac. - Foto REUTERS
ANTALYA (Turkey): Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino, berkata pada 31 Mac bahawa Iran akan tetap bermain dalam perlawanan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat pada Jun seperti yang dijadualkan, walaupun negara itu sedang terlibat dalam konflik bersenjata dengan Amerika.
Persekutuan Bola Sepak Iran (FFIRI) telah mendesak agar tiga perlawanan kumpulan Piala Dunia pasukan itu dipindahkan dari Amerika ke Mexico, sambil menyebut tentang penglibatan tentera Amerika bersama Israel dalam serangan ke atas Iran yang mencetuskan perang serantau yang sedang berlaku sekarang.
Laporan berkaitan
Mediacorp akan siarkan 28 perlawanan Piala Dunia Fifa secara percumaFeb 5, 2026 | 5:06 PM
Trump: ‘Tidak wajar’ bagi Iran untuk berada di Piala Dunia Mar 13, 2026 | 1:57 PM

