Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat MRT disambung semula antara stesen Napier, Great World

Jul 1, 2025 | 6:51 PM
smrt
SMRT menasihatkan para penumpang supaya menggunakan laluan alternatif ke kawasan bandar. - Foto ST

Perkhidmatan MRT di Laluan Thomson-East Coast (TEL) telah disambung semula, selepas kerosakan pada sistem isyarat di stesen Orchard menyebabkan gangguan selama dua jam antara stesen Napier dengan Great World, pada pagi 1 Julai.

Stesen Orchard terletak di antara stesen Napier dengan Great World di TEL.

Pengendali kereta api, SMRT, mula memaklumkan para penumpang mengenai masalah tersebut sekitar 6.15 pagi.

Ia kemudian menasihatkan para penumpang supaya menggunakan laluan alternatif ke kawasan bandar.

Dalam kemas kini di Facebook pada 8.19 pagi, SMRT memaklumkan bahawa perkhidmatan kereta api telah disambung semula.

SMRT turut mengucapkan terima kasih kepada para penumpang yang terjejas di atas pemahaman dan kesabaran mereka.

Semasa gangguan tersebut, perkhidmatan bas percuma disediakan antara stesen Caldecott dengan Gardens by the Bay.

Pada 8.30 pagi, SMRT menghentikan perkhidmatan bas percuma dan bas penghubung tersebut.

Awal daripada itu, pada 6.55 pagi, SMRT menyatakan bahawa kerosakan itu berlaku “semasa perkhidmatannya bermula” pada 1 Julai, dan para jurutera sedang berusaha membaikinya.

Ia menasihatkan para penumpang supaya menjangkakan tambahan 30 minit pada masa perjalanan dari stesen Caldecott ke Gardens by the Bay – merangkumi 12 stesen kesemuanya.

SMRT turut memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg