Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kiria bantu skuad wanita menang emas bersejarah lawan pedang

May 17, 2022 | 05:30 AM



ATLET lawan pedang Kiria Tikanah Abdul Rahman bangkit dari kekecewaannya dalam acara individu 'epee' untuk membantu pasukan wanita negara merangkul pingat emas acara berpasukan 'epee'.



Di perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Sukan Tertutup My Dinh semalam, pasukan wanita Singapura berjaya menumpaskan Thailand dengan keputusan 45-36.



Selain Kiria, pasukan wanita Singapura terdiri daripada Elle Koh, Rebecca Ong dan Victoria Lim.



Ini merupakan pingat emas pertama bagi Singapura dalam sejarah sukan lawan pedang berpasukan di acara 'epee' wanita Sukan SEA itu.



Bagi Kiria, beliau gembira dapat menebus kekalahan yang dialaminya dalam acara sama pada edisi 2019.



"Saya sangat gembira kerana ini adalah kali pertama kami mendapat emas (dalam acara 'epee'). Kami hanya menang perak sebelumnya.



"Jadi kami semua datang dalam Sukan SEA ini hanya untuk menang emas. Oleh itu, saya gembira kami dapat mencapai misi kami," katanya selepas upacara pembahagian pingat.



Dalam acara individu 'epee' Jumaat lalu, Kiria terpaksa berpuas hati dengan perak selepas dikalahkan rakan sepasukan, Elle.



Namun, ini tidak menjejaskan gandingan mereka dalam acara berpasukan itu.



"Kami mempunyai matlamat sama dan kami fokus mengimbangi kekuatan dan kelemahan kami.



"Dan saya rasa kami telah menunjukkan prestasi terbaik memandangkan ini adalah pertama kali kami bertanding secara berpasukan," kata penerima Anugerah Jauhari Harapan 2021 anjuran Berita Harian pada Disember lalu itu.



Bagi jurulatih pasukan, Henry Koh, beliau memuji kesungguhan anak didiknya untuk mencapai matlamat memenangi emas pertama dalam sejarah acara 'epee'.



"Kami mempunyai pasukan wanita yang penuh dedikasi dan mereka telah bekerja keras sejak beberapa bulan ini.



"Saya telah bekerja bersama mereka dan memberitahu mereka untuk mempercayai antara satu sama lain dan ia telah banyak membantu (dalam kemenangan mereka)," kata bekas jaguh lawan pedang negara itu.



Turut hadir dan memberikan sokongan di acara final lawan pedang itu semalam ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Encik Tong turut menyampaikan pingat kepada pemenang di depan lebih 500 penonton di gimnasium itu.



Dalam acara berpasukan lelaki 'sabre' pula, pasukan negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas ditewaskan Vietnam 35-45.



Pasukan negara terdiri daripada Choy Yu Yong, Chan Phu Xien, Dan Wei Zuo dan Jorelle See.



Dalam acara sukan lain, penembak negara Adele Tan, Fernel Tan dan Natanya Tan memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter rifel berpasukan wanita manakala pelari Ang Chen Xiang menang perak dalam perlumbaan 100 meter berpagar lelaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >