Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kiria pendam kecewa, alih tumpuan pada kelayakan Sukan Olimpik Paris

Sep 27, 2023 | 06:27 PM



HANGZHOU (China): Lima tahun sejak penampilan sulungnya dalam Sukan Asia 2018, srikandi lawan pedang ‘epee’ Singapura, Kiria Tikanah, telah memenangi empat pingat emas di Sukan SEA – sebutir emas dalam acara individu dan tiga secara berpasukan.


Beliau juga menjadi wanita pertama Singapura bersaing dalam acara ‘epee’ di Sukan Olimpik Tokyo pada 2021.

Bagaimanapun, Kiria, 23 tahun, pada Rabu, mengakui tidak memanfaatkan pengalaman yang diraih sebelum ini, bahkan kurang menonjol dalam Sukan Asia di Hangzhou, China.

“Prestasi agak mengecewakan bagi saya secara peribadi,” kata Kiria sambil mengukir senyuman kecil ketika ditemui Berita Harian (BH) selepas acara ‘epee’ berpasukan wanita di Gimnasium Universiti Dianzi Hangzhou pada Rabu petang.


“Saya mengharapkan (prestasi) lebih baik daripada diri saya untuk acara individu. Bagi acara berpasukan, ia sukar untuk mengatakannya tetapi saya fikir persembahan saya seharusnya lebih baik.

“Saya tidak dapat mengawal keputusan tetapi ia bukan persembahan yang boleh saya banggakan,” tambah pelawan pedang yang menduduki tangga ke-62 dunia itu.

Singapura memulakan pertandingan berpasukan ‘epee’ wanita pada Rabu dengan mantap, mengalahkan Thailand 45-32 dalam pusingan 16 pasukan terbaik.

Bagaimanapun, mereka bertemu ujian lebih mencabar pada suku akhir dan tewas 25-45 di tangan Hong Kong. 

Kiria sebelum itu hanya mampu meraih tempat ke-15 dalam acara individu ‘epee’ wanita selepas gagal ke suku akhir pada Ahad.

“Mungkin persiapan saya (ke Sukan Asia) boleh lebih baik. Ia mungkin disebabkan aspek mental berada di temasya sukan besar seperti ini,” kata beliau.

Berbanding di Sukan Asia Jakarta pada 2018 ketika berusia 18 tahun, Kiria hanya bersaing dalam acara berpasukan.

Namun, beliau kali ini memikul lebih tanggungjawab sebagai salah seorang atlet senior dalam pasukan.

Selain Kiria, kuartet pasukan ‘epee’ wanita Singapura terdiri daripada Elle Koh, 16 tahun; Filzah Hidayah, 19 tahun; dan Cheryl Lim, 30 tahun.

“Saya beraksi dengan baik pada 2018 dan saya fikir saya boleh berbuat sedemikian di sini. Tapi, itu bukan hakikatnya. Mungkin saya bersikap terlalu yakin dan fikir semuanya akan berjalan dengan lancar… Itulah perkara yang perlu saya perbaiki,” ujar Kiria.

Dengan saingan untuk acara ‘epee’ wanita di Hangzhou telah selesai, tumpuannya kini beralih kepada kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Kiria, yang baru menamatkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura (NUS), merancang untuk berlatih sepenuh masa selama setahun.

“Pada hujung tahun ini, kami ada beberapa piala dunia yang penting untuk kelayakan saya. Jadi, tumpuan saya akan kembali pada mendapatkan kelayakan itu,” tambahnya.

Saingan di Sukan Asia Hangzhou tidak diambil kira bagi kelayakan Sukan Olimpik Paris. – ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >