Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Klopp harap 3 bintang Liverpool lanjutkan kontrak

Jan 15, 2025 | 5:42 PM
Ketua Bola Sepak Sejagat Red Bull, Jurgen Klopp, berharap bintang-bintang Liverpool seperti Mohamed Salah dan Virgil van Dijk akan melanjutkan kontrak mereka.
Ketua Bola Sepak Sejagat Red Bull, Jurgen Klopp, berharap bintang-bintang Liverpool seperti Mohamed Salah dan Virgil van Dijk akan melanjutkan kontrak mereka. - Foto AFP

SALZBURG: Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, meluahkan harapan pada 14 Januari agar Mohamed Salah akan melanjutkan kontraknya di Anfield.

“Saya harap beliau kekal di Liverpool. Beliau adalah seorang pemain yang hebat, manusia yang hebat, wakil terbaik untuk negara,” jawab Klopp apabila ditanya tentang situasi Salah di Liverpool semasa sidang media di Austria.

Sidang media itu adalah mengenai perasmian beliau sebagai ketua bola sepak sejagat Red Bull, dengan tugas memantau empayar bola sepak konglomerat minuman tenaga itu.

Klopp memulakan peranannya di situ setelah meninggalkan Liverpool pada akhir musim lalu selepas menjadi pengurusnya selama sembilan tahun.

Red Bull mengawal beberapa kelab di beberapa negara di seluruh dunia termasuk RB Leipzig di Jerman, RB Salzburg di Austria dan New York Red Bulls di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini ia memperoleh sebahagian kecil pasukan di peringkat kedua Perancis, Paris FC.

Liverpool berjaya melalui peralihan yang lancar dan kini menduduki tempat teratas di kededua Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara di bawah bimbingan pengurus baru, Arne Slot.

Klopp berkata tepat masanya bagi beliau meninggalkan jawatannya sebagai pengurus Liverpool dan beliau tidak rindu menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus sebuah kelab.

“Saya lebih daripada gembira tidak berada di sana. Sungguh hebat prestasi mereka sekarang. Saya ucapkan yang terbaik untuk mereka. Saya juga menyaksikan sebanyak mungkin perlawanan mereka,” kata beliau.

Klopp berharap pemain bintang Liverpool selain Salah, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold, akan juga memilih untuk melanjutkan kontrak mereka yang akan berakhir pada akhir musim ini.

“Saya rasa lega bahawa saya tidak perlu menangani situasi itu,” kata beliau.

Mengenai peranan barunya, Klopp berkata beliau tidak terlibat dalam operasi seharian Red Bull tetapi akan berperanan sebagai penasihat kelab-kelab mereka di Jerman, Austria, Amerika Syarikat, Brazil dan Jepun.

Beliau juga akan menyokong operasi mengenal pasti bakat-bakat global untuk Red Bull dan menyumbang kepada latihan dan pembangunan jurulatih mereka.

“Saya sentiasa mahu cuba mempelajari perkara baru itulah yang saya mahu lakukan. Peranannya berbeza. Saya mahu dapatkan permulaan baru dan ini adalah peluangnya,” kata beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg