Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Klopp mohon maaf selepas Liverpool dibelasah Napoli

Sep 09, 2022 | 06:56 AM



NAPLES: Napoli kembali ke Liga Juara-Juara dengan aksi penuh bergaya apabila melakar kemenangan menakjubkan 4-1 ke atas Liverpool dan menambahkan masalah Reds pada permulaan musim ini.



Liverpool menerima padah hasil persembahan hambar pada separuh masa pertama di Stadio Maradona dan Napoli tidak mensesiakan peluang mendapat tiga gol pada babak pertama.



Piotr Zielinski mendapat bola daripada sepakan penalti pada minit kelima dan dua lagi gol terhasil daripada jaringan Andre-Frank Zambo Anguissa dan Giovanni Simeone pada penampilan sulung mereka di pentas Liga Juara-Juara, membuatkan pasukan Jurgen Klopp di ambang kekalahan memalukan.



Pemain tengah Poland, Zielinski kemudiannya menambah gol keempat di awal babak kedua untuk memastikan Napoli memulakan kempen dengan baik dalam saingan Kumpulan A.



Luis Diaz kembali merapatkan jaringan dua minit kemudian tetapi hanya itu sahaja dapat dilakukan Reds ketika Napoli mencatat keputusan yang pastinya akan diingati oleh mereka.



Menyusuli wisel penamat, Juergen Klopp memohon maaf kepada penyokong yang datang menyaksikan perlawanan itu selepas beliau mengalami mimpi ngeri sekali lagi di Napoli.



Jurulatih dari Jerman itu yang tewas tiga perlawanan di sana sepanjang kerjayanya, memohon maaf selepas pasukannya sekali lagi dibelasah.



"Ia adalah perjalanan pulang yang makan masa dari Liverpool ke Napoli. Ia malam yang sangat mengecewakan, jadi saya perlu memohon maaf kepada mereka.



"Masalah yang kami hadapi sangat jelas. Nombor satu, Napoli bermain sangat baik dan kami bermain sangat buruk.



"Kenapa? Kami tidak menghiraukan permulaan yang teruk, penalti dan satu lagi penalti, kami tidak bermain baik.



"Persoalannya kenapa pemain tidak bermain baik kerana mereka memang mahukannya, jadi adalah tugas saya untuk melakukannya. Ia tanggungjawab saya.



"Ia amat mencabar, mencabar untuk diterima tetapi tidak sukar untuk menerangkannya apabila anda melihat perlawanan itu," kata Klopp.



Dalam perlawanan lain, Robert Lewandowski menjaringkan hatrik pertamanya di Liga Juara-Juara bersama Barcelona yang menyaksikan skuad kendalian Xavi Hernandez itu membelasah Viktoria Plzen 5-1 di Camp Nou.



Barca yang gagal melepasi peringkat kumpulan musim lalu turut menyaksikan Franck Kessie dan Ferran Torres menjaring gol dalam aksi mengagumkan pasukan itu.



Lewandowski kini sudahpun menjaringkan lapan gol dalam lima penampilan bersama pasukan barunya itu di semua pertandingan.



"Saya tahu sejak awal lagi adalah penting untuk menyesuaikan diri dari perlawanan pertama lagi.



"Hari ini adalah hari lahir isteri saya jadi gol ini adalah untuknya. Melihat beliau berada di stadium pada hari lahirnya sangat bermakna. Sesuatu yang menakjubkan untuk saya," kata Lewandowski.



Di kumpulan D, Richarlison berjaya memenuhi impiannya di Liga Juara-Juara apabila penyerang Brazil itu akhirnya menemui sentuhan gol buat Tottenham melakar kemenangan 2-0 ke Marseille yang beraksi dengan 10 pemain.



Selepas mengharungi lima perlawanan tanpa jaringan selepas perpindahan bernilai £60 juta ($97.05 juta) dari Everton, Richarlison berjaya menemui sasaran hasil tandukan cantik untuk mematahkan serangan di utara London itu.



Skuad kendalian Conte beraksi dengan prestasi terbaik untuk satu tempoh namun permainan berubah apabila pemain Marseille, Chancel Mbemba dilayangkan kad merah kerana mengasari Son Heung-min pada awal babak kedua.



Ia membuka peluang buat Richarlison meraih perhatian apabila pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol ketika saingan berbaki 14 minit dan menjaringkan sekali lagi lima minit kemudian. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >