Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Klopp tabik penyudah Origi

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memuji Divock Origi selepas pemain gantian itu membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas musuh setempat Everton dalam aksi Liga Perdana England (EPL) di Anfield kelmarin.



Origi, yang menjaringkan gol kedua Liverpool, memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan bagi memastikan pasukannya kekal mengekori rapat pendahulu liga, Manchester City.



"Dia (Origi) legenda di dalam dan luar padang. Pemain yang hebat, penyerang kelas dunia dan dia pemain yang mempunyai sentuhan penyudah terbaik kami. Semua orang akan berkata perkara yang sama. Anda dapat melihatnya dalam latihan.



"Ia benar-benar keputusan yang sukar untuk diketepikan. Semua orang menyukai Divock di sini," kata Klopp.



Jaringan kemenangan minit ke-95 Origi menentang Everton pada 2018 membuatkan Klopp berlari merentasi padang untuk meraikannya, sementara pemain Belgium itu juga menemui sasaran ketika final Liga Juara-Juara Eropah 2019, serta dua gol ketika Liverpool membelasah Barcelona 4-0 pada musim itu.



Dimasukkan sebagai pemain gantian, Origi memastikan kemenangan buat Liverpool dengan menanduk masuk bola lima minit sebelum tamat perlawanan bagi menghasilkan gol keenamnya menentang Everton.



Pemain 27 tahun itu kini telah menjaringkan 11 gol sebagai pemain gantian dalam saingan liga, rekod tertinggi untuk mana-mana pemain Liverpool.



Awal musim ini, Origi turut menyelamatkan Liverpool dengan menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers.



"Kami gembira dengan impak (dari pemain gantian) sepanjang musim," kata Klopp. "Mereka tampil dengan pemikiran yang tepat ketika mereka diturunkan. Luis (Diaz) dan Divock terlibat dalam kedua-dua gol dan ini membantu kami dalam perlawanan sengit bola sepak.



"Kami tidak bermain dengan baik dalam babak pertama. Kami menguasai pemilikan bola, yang tertinggi untuk kami dalam perlawanan Liga Perdana (lebih 86 peratus), tapi kami mengubah keadaan dalam separuh kedua."



Gol babak kedua hasil sumbangan Andy Robertson dan Origi itu memberi Liverpool kemenangan liga ke-12 berturut-turut di padang sendiri.



Ini sekali gus merapatkan jurang mata dengan City yang berada di puncak tangga kepada hanya satu mata dengan berbaki lima perlawanan.



Everton pula mendapati diri mereka dalam zon penyingkiran selepas Burnley mengalahkan Wolves 1-0. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >