Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KONTROVERSI PADANG RUMPUT TIRUAN

Padang tiruan punca lebih ramai pemain alami kecederaan?

Namun FAS berkata kaitan itu sedang dikaji
Feb 12, 2023 | 05:30 AM



Isu kecederaan yang dikaitkan dengan padang rumput tiruan ditimbulkan menyusuli beberapa kecederaan yang dialami para pemain nasional. Namun wajarkah padang tiruan dikaitkan dengan kecederaan yang dialami mereka? BERITA MINGGU mendapatkan pandangan beberapa pihak berkepentingan berkaitan isu ini.



LANGKAH memilih menggunakan padang rumput tiruan berbanding padang rumput semula jadi adalah untuk memenuhi permintaan kegiatan sukan di sini, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Sport Singapore (SportSG).



Kedua-dua FAS dan SportSG menambah bahawa padang rumput tiruan di bawah pengurusan mereka juga menjalani "penyenggaraan berkala".



Daripada 23 padang di pusat sukan SportSG, ActiveSG di sini, lapan merupakan rumput tiruan.



Tiga daripadanya - Stadium Jurong East, Stadium Serangoon dan Padang St Wilfred - ialah padang tiruan khusus untuk bola sepak. Dua padang rumput tiruan (Kallang Bowl dan Yan Kit Playfield) adalah untuk boling padang, manakala tiga lagi (Pusat Sukan Sengkang, Hockey Village dan Stadium Delta) khas untuk hoki.



Baki 15 padang lain menggunakan rumput semula jadi.



FAS mengendalikan padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar (JBS) dan padang semula jadi di Lorong 12 Geylang.



Penggunaan rumput tiruan dalam perlawanan antarabangsa dikritik hebat oleh fraterniti sukan setempat dan rantau baru-baru ini selepas tiga pemain bola sepak skuad nasional Singapura mengalami kecederaan lutut yang serius semasa beraksi di padang tersebut.



Penyerang Singa Ikhsan Fandi dan pemain midfield Adam Swandi cedera dalam satu perlawanan persahabatan menentang Maldives di JBS pada 17 Disember lalu. Duo itu terlepas beraksi dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).



Hampir dua minggu kemudian, seorang lagi penyerang negara Ilhan Fandi mengalami kecederaan ketika berdepan Vietnam dalam Piala AFF 2022 di stadium sama.



Kedua-dua Ikhsan dan Ilhan telah menjalani pembedahan dan memerlukan tempoh pemulihan yang memakan masa sekurang-kurangnya enam bulan.



FAS, dalam responsnya kepada pertanyaan Berita Minggu (BM), berkata ia telah menjalankan "pemeriksaan menyeluruh" ke atas padang JBS bersama pengeluar padang, Greenfields Asia sebelum Piala AFF.



"Ini bagi memastikan setiap inci padang diperiksa untuk mengekalkan integritinya. Pemeriksaan ini juga dilakukan sehari sebelum setiap hari perlawanan, selepas sesi latihan rasmi pasukan, dan sekali lagi sehari selepas perlawanan," ujar seorang jurucakap FAS.



Selain itu, FAS juga melakukan 'decompaction' pada 11 Disember 2022 untuk melonggarkan sisip (bahan berbutir yang berada di atas rumput tiruan).



Pemeriksaan lanjut pada 'sub-base' (lapisan batu baur yang dipasang di bawah rumput tiruan untuk membentuk permukaan yang rata dan stabil) juga dilakukan untuk memastikan tiada genangan air di permukaan sekiranya berlaku cuaca buruk, kata beliau lagi.



Padang itu turut menjalani penyenggaraan berkala, yang melibatkan 'memberus' padang setiap minggu dan padang di siram pada masa yang ditetapkan pada hari perlawanan, tambahnya.



Padang JBS, yang bertukar ke rumput tiruan daripada yang asli pada 2004, kini menggunakan GreenFields Evolution Pro 40.



Ia selesai dipasang pada Januari 2021 dan memenuhi standard Kualiti Pro Fifa, kata badan pentadbir bola sepak negara itu.



"Rasional memilih padang rumput ini adalah keupayaan padang melangsungkan pengaturcaraan yang lebih mantap, dengan lapisan pad kejutan yang tahan lama untuk memberikan keselesaan kepada pemain sambil menahan permainan yang lasak," jelas jurucakap FAS itu.



"Ini merupakan pertimbangan penting yang dibuat dalam pilihan padang rumput tiruan, dengan rundingan bersama Fifa dan vendornya yang diluluskan, GreenFields Asia."



Padang JBS digunakan untuk latihan pasukan - ia adalah tapak tuan rumah Lion City Sailors dan Young Lions dalam Liga Perdana Singapura (SPL) dan Piala Singapura musim lalu - sesi pendidikan jurulatih dan pengadil, serta perlawanan bagi pelbagai liga dan pertandingan.



FAS menambah ia sedang mengkaji hubung kait antara padang rumput tiruan dan dengan kemungkinan berlakunya kecederaan, bersama jabatan Sains dan Perubatan Bola Sepak serta jawatankuasa perubatannya.



Dalam respon yang berasingan, SportSG berkata "pilihan permukaan padang sepadan dengan permintaan untuk kegunaan sukan dan komuniti di setiap pusat sukan".



"Bagi padang dengan penggunaan yang tinggi, permukaan tiruan memudahkan penyenggaraan dan boleh menampung pelbagai sukan dan aktiviti komuniti yang lain," kata agensi sukan Singapura itu.



SportSG menambah rumput tiruan membenarkan atlet berlatih di padang pada bulan-bulan musim hujan kerana aktiviti mereka tidak akan merosakkan tanah walaupun selepas hujan lebat.



Ia juga melantik penyedia perkhidmatan untuk menjalankan penyenggaraan dan dandanan padang berjudual mingguan ke padang sintetik di pusat sukan ActiveSG.



Tahun ini, padang bola sepak di Stadium Serangoon yang menggunakan rumput tiruan dijadual untuk digantikan, kata SportSG.




"Rasional memilih padang rumput tiruan ini adalah keupayaan padang untuk melangsungkan pengaturcaraan yang lebih mantap, dengan lapisan pad kejutan yang tahan lama untuk memberikan keselesaan kepada pemain sambil menahan ketegasan permainan.

Ini merupakan pertimbangan penting yang dibuat dalam pilihan padang tiruan, dengan rundingan bersama Fifa dan vendornya yang diluluskan, GreenFields Asia."

- Jurucakap FAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >