Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN H: PORTUGAL, KOREA SELATAN, GHANA & URUGUAY

Korea pikul tugas hampir mustahil; Ghana pilihan sertai Portugal langkah seterusnya

Dec 02, 2022 | 05:30 AM



KEMPEN Piala Dunia Korea Selatan mungkin berakhir sebelum ia bermula.



Pasukan yang barisan depannya dipimpin oleh bintang Liga Perdana England (EPL) Son Heung-min itu bergelut untuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan pertama dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.



Kini, ia bukan sahaja perlu mengatasi Portugal - yang telah melayakkan diri ke pusingan kalah mati - dalam perlawanan terakhir, malah harus bergantung pada keputusan perlawanan antara Ghana dengan Uruguay, yang masing-masing masih berpeluang mara dari Kumpulan H.



Korea memerlukan 'ihsan' Uruguay, yang kini mempunyai satu mata juga, untuk menewaskan Ghana dengan jaringan gol tipis - satu cabaran yang sukar, memandangkan Ghana adalah antara pasukan yang sedang menikmati form baik di peringkat pertandingan ini.



Korea, yang dipimpin Paulo Bento, kini perlu mengimbau sejarah untuk mendapat inspirasi dari Piala Dunia 2002, di mana ia menewaskan Portugal 1-0 di tempat sendiri, keputusan yang menyingkir Portugal di peringkat kumpulan.



Adalah ironis, Bento beraksi dalam pasukan Portugal itu yang tewas kepada Korea dua dekad lalu.



Namun, sejarah lebih dekat mencadangkan Korea akan bergelut untuk mengatasi Portugal, walaupun ketua jurulatihnya, Fernando Santos, dijangka merehatkan beberapa pemain utama.



Korea telah tewas dalam lima daripada tujuh perlawanan Piala Dunia terakhir.



Pemain-pemainnya juga melangkah kaki ke padang berbekal rekod sekadar dua kemenangan dalam sejarah Piala Dunia - ke atas Portugal pada 2002 dan ke atas Jerman pada 2018.



Memenangi perlawanan memerlukan gol dan tekanan menjaringkan gol dalam perlawanan ini dipikul Son, yang menjadi bak 'jentera gol' bagi Tottenham Hotspur dalam EPL, tetapi kurang berbisa di Piala Dunia.



Gol pertama dalam perlawanan ini adalah penting.



Portugal belum lagi tewas dalam sebarang perlawanan Piala Dunia apabila ia menjaringkan gol pertama.



Bento tidak akan berada di sisi para pemainnya di padang bagi perlawanan genting ini, selepas beliau dilayang kad merah kerana membantah keputusan pengadil yang mengakhiri perlawanan antara Korea dengan Ghana sebelum pasukannya diberi peluang memanfaatkan tendangan sudut.



Korea tewas 2-3 kepada Ghana dalam perlawanan itu.



Dalam pada itu, Ghana dan Uruguay masing-masing juga pastinya menaruh harapan melangkah lebih jauh.



Ghana mempunyai kelebihan selepas meraih tiga mata dari dua perlawanan pertama.



Kemenangan akan menjamin kelayakan baginya, tetapi keputusan seri juga mungkin memadai.



Uruguay pula berdepan dengan keadaan yang serupa dengan Korea.



Ia perlu menewaskan Ghana dan juga bergantung pada Portugal supaya tidak tewas kepada Korea.



Kali terakhir Ghana dan Korea berentap adalah lebih sedekad lalu - di suku akhir Piala Dunia anjuran Afrika Selatan.



Dengan perlawanan terikat 1-1, Luis Suarez menggunakan tangannya untuk mengadang bola yang ditanduk Dominic Adiyiah dari melepasi garisan gol.



Suarez dilayang kad merah, tetapi Asamoah Gyan gagal menjaringkan penalti dan akhirnya Ghana tewas menerusi tendangan penalti selepas perlawanan berkesudahan seri.



Insiden itu mungkin memberi Ghana motivasi tambahan untuk menang perlawanan ini, yang mungkin satu petanda buruk bagi Uruguay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >