Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Korea U juara bola sepak Piala Dunia Wanita U-17

Nov 12, 2024 | 4:26 PM
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bertemu pemain dan jurulatih yang memenangi Piala Dunia Wanita Bawah 20 2024 di Pyongyang pada 30 September.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bertemu pemain dan jurulatih yang memenangi Piala Dunia Wanita Bawah 20 2024 di Pyongyang pada 30 September. - Foto AFP

SEOUL: Pasukan bola sepak wanita bawah 17 tahun Korea Utara yang memenangi Piala Dunia Wanita Bawah 17 (U-17) menerima sambutan wira di ibu negara Pyongyang, rakaman AFP menunjukkan pada 10 November, dengan beratus-ratus orang di jalanan meraikan kejayaan mereka.

Mereka telah mengalahkan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 pada perlawanan akhir di Republik Dominican pada 3 November.

Ini adalah gelaran global kedua dalam masa dua bulan untuk Korea Utara yang sebahagian besarnya tertutup kepada dunia luar.

Mereka juga menjulang Piala Dunia Wanita Bawah 20 (U-20) pada September di Colombia.

Pegawai dan keluarga pemain berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang dengan jambangan bunga dan mengibarkan bendera Korea Utara ketika pesawat menghampiri pintu ketibaan.

Para pemain yang kelihatan berseri-seri meraikan kejayaan mereka bersama-sama keluarga, dengan ibu salah seorang pemain, memakai pakaian tradisional Korea, hanbok, memberitahu anak perempuannya bahawa beliau sudah bekerja sangat keras.

Jon Il Chong, yang memenangi Anugerah Bola Emas untuk pemain terbaik Piala Dunia U-17 memberitahu AFP: “Adalah menjadi hasrat dan penghormatan pasukan kami untuk memberikan laporan kegembiraan dan kemenangan kepada Encik Kim Jong Un yang dihormati.

“Saya akan berlatih dengan lebih gigih pada masa hadapan supaya saya dapat menaikkan lagi martabat Korea Utara di seluruh dunia,” tambah pemain berusia 17 tahun itu, yang menjaringkan gol penyamaan penting pada minit ke-66 menentang Sepanyol yang membawa permainan ke penentuan penalti. – Agensi berita.

Ibunya, Cik Kim Yong Sil, memberitahu wartawan: “Saya akan terus menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu untuk menjadikan anak perempuan saya pemain bola sepak bertaraf dunia dan mengibarkan bendera negara di langit sebagai kejayaan.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg