Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kos pindah pemain kelab EPL pecah rekod cecah £2.36b

Sep 04, 2023 | 02:53 PM



Kelab Liga Perdana England (EPL) membelanjakan £2.36 bilion ($4.01 bilion) untuk mendapatkan pemain handalan – satu lagi rekod tertinggi melibatkan kos pemindahan pemain.

Perbelanjaan melibatkan gabungan 20 kelab itu lebih tinggi daripada rekod sebelumnya – £1.92 bilion yang direkodkan pada musim panas lalu, menurut firma perkhidmatan kewangan Deloitte.

Kelab EPL membelanjakan £255 juta pada hari terakhir jendela pemindahan sahaja, iaitu lebih seganda daripada £120 juta yang dibelanjakan pada hari terakhir musim panas lalu.

Ini bermakna musim 2023-2024 sudah menyaksikan perbelanjaan pemindahan kedua tertinggi selepas £2.73 bilion dibelanjakan pada musim lalu.

Kos pemindahan EPL itu menyumbang 48 peratus daripada jumlah perbelanjaan merentas ‘lima gergasi’ liga Eropah – La Liga (Sepanyol), Serie A (Italy), Bundesliga (Jerman) dan Ligue 1 (Perancis).

Kelab EPL menerima yuran pemindahan £550 juta daripada kelab luar negara, lebih seganda daripada rekod sebelumnya £210 juta pada musim panas 2022.

Kecuali La Liga Sepanyol, perbelanjaan pemindahan meningkat dalam semua liga ‘lima gergasi’ Eropah

Hanya dua daripada lima liga Eropah itu membelanjakan lebih banyak untuk pemindahan daripada yang mereka terima – EPL dan Ligue 1

Terdapat 13 pemindahan EPL bernilai lebih £50 juta – lebih tinggi daripada gabungan pemindahan musim panas sebelumnya.

Tim Bridge, rakan kongsi utama dalam Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte, berkata:

“Perbelanjaan rekod musim panas kedua berturut-turut oleh kelab Liga Perdana menunjukkan bahawa pertumbuhan hasil tahun ke tahun boleh kembali semula berikutan wabak Covid-19.

“Hampir tiga perempat daripada 14 kelab Liga Perdana membelanjakan lebih banyak pada musim panas ini daripada yang lalu – mencerminkan peningkatan persaingan.

“Terus ada tekanan ke atas kelab untuk mendapatkan bakat terbaik untuk memenuhi matlamat di atas padang mereka, sama ada layak ke pertandingan Eropah atau sekadar mengekalkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana,” katanya.

Matheus Nunes, Brennan Johnson, Ansu Fati dan Ryan Gravenberch membuat pemindahan kelab pada hari terakhir.

Dalam perjanjian EPL terbesar pada hari tarikh terakhir, Manchester City menandatangani pemain tengah Portugal Matheus Nunes dari Wolves dengan harga £55 juta, manakala pemenang tiga kejuaraan itu menjual pemain Cole Palmer ke Chelsea dengan harga £40 juta.

Manchester United pula membawa masuk penjaga gol Altay Bayindir dari Fenerbahce dengan harga £4.5 juta, pemain tengah Sofyan Amrabat dipinjamkan dari Fiorentina, bek sayap Sergio Reguilon dipinjamkan dari Tottenham dan ejen bebas Jonny Evans dengan perjanjian selama setahun.

Nottingham Forest adalah kelab paling sibuk, menandatangani tujuh pemain termasuk pemain tengah Ibrahim Sangare dari PSV, pemain sayap Callum Hudson-Odoi dari Chelsea dan pemain tengah Nicolas Dominguez dari Bologna.

Tawaran hari terakhir pemindahan terkenal yang lain termasuklah Ryan Gravenberch dari Bayern Munich ke Liverpool dengan harga £34.3 juta; Brennan Johnson dari Nottingham Forest ke Tottenham dengan harga £45 juta; dan Alex Iwobi dari Everton ke Fulham dengan harga £22 juta.

Terdapat dua pemindahan yang mencecah paras £100 juta pada musim panas ini.

Chelsea menandatangani pemain tengah Moises Caicedo dari Brighton dengan bayaran £100 juta yang boleh meningkat kepada rekod kelab Britain sebanyak £115 juta, manakala Arsenal membeli pemain tengah England Declan Rice dari West Ham dengan harga £100 juta dicampur lagi £5 juta sebagai tambahan.

Bersama-sama dengan tarikh akhir pemindahan Nunes, Manchester City juga membeli pemain pertahanan Josko Gvardiol dengan harga £77 juta dari RB Leipzig; pemain sayap Jeremy Doku dari Rennes dengan harga £55.4 juta; dan pemain tengah Mateo Kovacic, yang tiba dengan harga £25 juta dari Chelsea.

Manchester United menandatangani penyerang Denmark Rasmus Hojlund dengan bayaran £72 juta, manakala rakan sepasukan Liga Juara-Juara, Newcastle United, membawa masuk pemain tengah Italy Sandro Tonali dengan harga £55 juta dan penyerang Leicester Harvey Barnes sebanyak £38 juta.

Selain Rice, naib juara EPL 2022, Arsenal, turut menambah Kai Havertz dari Chelsea dengan harga £65 juta dan pertahanan Ajax Jurrien Timber sebanyak £34 juta.

Liverpool memperkuatkan bahagian tengah mereka dengan pemindahan Dominik Szoboszlai dari RB Leipzig dengan harga £60 juta; Alexis Mac Allister dari Brighton dengan harga £35 juta; dan Wataru Endo dari Stuttgart dengan harga £16.2 juta. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >