Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENDLAND

MU perlukan Hojlund, pelbagai gerak serangan untuk jadi hebat semula

Sep 03, 2023 | 11:33 AM



Sejujurnya, saya masih belum berminat menyaksikan perlawanan penuh Manchester United musim ini walaupun ia telah berbelanja besar untuk merombak seluruh pasukan itu tahun ini.

Kenapa? Jawapannya mudah – ia belum menunjukkan sebarang potensi untuk bersaing bagi merebut kejuaraan Liga Perdana England (EPL), apatah lagi berentap dengan kelab-kelab gergasi Eropah dalam Liga Juara-Juara.

Tidak seperti Manchester United yang saya kenali dulu di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson, yang berjaya memenangi lebih 50 piala dalam pelbagai kejuaraan.

Ketika itu, United begitu disegani. Kubunya kental, ‘midfield’nya penuh idea dan barisan penyerangnya begitu berbisa.

Jadi, apa yang boleh membuat peminat United seperti saya kembali berkejar untuk duduk di sofa empuk di depan TV dan menikmati perlawanan mereka?

Turunkan penyerang baru Rasmus Hojlund dan pelbagaikan gaya serangan untuk mengubah nasibnya menjadi pasukan yang digeruni sekali lagi.

Masa terbaik berbuat demikian adalah apabila mereka bertandang ke Stadium Emirates, kubu kuat salah satu musuh ketatnya – selain Liverpool – malam ini.

Perubahan ini perlu jika United mahu benar-benar membuktikan ia mampu menjadi pesaing utama untuk kejuaraan EPL musim ini.

Mengapa turunkan Hojlund penting?

Penyerang asal Denmark itu mempunyai persamaan dengan penyerang handalan Manchester City, Erling Haarland.

Saya sendiri banyak menyaksikan rakaman permainan Hojlund ketika bersama pasukan Serie A Italy, Atalanta.

Beliau masih belum membuat penampilan sulung dengan United selepas tiba dari Atalanta dengan harga £72 juta ($123.5 juta), tetapi pengurus Erik ten Hag sendiri berkata penyerang itu boleh bersaing mendapatkan tempat untuk menentang Arsenal malam ini.

Hojlund, yang baru berusia 20 tahun, setinggi 1.9 meter tetapi tangkas, bertenaga dan fokus untuk menggempur – serupa mantan penyerang handalan United, Ruud van Nistelrooy. Ramai pemerhati merasakan Hojlund sangat sesuai untuk gaya permainan bola sepak England yang pantas dan keras, serta mampu melengkapkan penyerang lain, terutama Marcus Rashford.

Ten Hag juga pernah memberitahu media kelab dalaman United bahawa “pasukan itu sedang menunggu penyerang sepertinya (Hojlund)’’ kerana beliau mempunyai set kemahiran berbeza daripada Rashford, Anthony Martial dan Jadon Sancho.

Namun, Hojlund bukan sekadar penyerang yang berlegar-legar di kotak penalti sahaja, beliau sering turun ke ‘midfield’ untuk mengutip bola dan boleh membantu United merancang serangan sebelum mencari ruang untuk menyerbu masuk ke kotak penalti.

Beliau, yang lincah – boleh berlari dalam jarak 100m dalam masa kurang 11 saat – mempunyai rembatan kaki kiri berbisa. Dengan ketenangan luar biasa di depan gawang, Hojlund sudah menjaringkan pelbagai gol pada usia yang masih muda.

Mengapa United perlu pelbagai pendekatan menyerang?

Banyak serangan United menyaksikan pemain sayap seperti Rashford, Antony dan Alejandro Garnacho bergerak masuk dan bertukar-tukar hantaran dan cuba menggelecek pemain sebelum melepaskan rembatan. Ya aksi lincah dan gelecek ini ada kala menarik, tetapi kalau dah banyak kali gagal, perlu pelbagaikan cara.

Pasukan United dulu menggunakan banyak cara lain untuk menjaringkan gol dan banyak juga menggunakan sayap hingga ke garisan gol untuk mengumpan bola ke dalam dan membuat rembatan dari luar kotak penalti ke gawang. Ini membolehkan hampir kesemua pemain, baik bek, ‘midfield’ dan bukan sahaja penyerang, menjaringkan gol.

Perlu dahagakan kemenangan

Ini faktor penting yang ditekankan Ferguson. Jarang pemain United dulu menyerah kalah, malah bermain bermatian-matian hingga ke wisel penamat dalam masa tambahan. Pemain contoh yang ada sekarang yang ada semangat serupa hanya seorang dua sahaja, termasuk kapten Bruno Fernandes.

Ten Hag perlu menekankan lagi semangat mengasak pemain lawan dan merebut bola yang cuba dihidupkannya semula dalam setiap pemain untuk mengembalikan semangat ini.

Kesimpulan

Pertemuan menentang Arsenal sentiasa menjanjikan perlawanan yang hebat, tegang, menarik dan gol-gol yang cantik. Ia juga boleh menjadi titik perubahan dalam kebangkitan semula United.

Walaupun buat masa ini United menghadapi masalah kecederaan pemain, terutama pemain midfield baru Mason Mount dan bek kiri Luke Shaw, penyokong United seperti saya mahu melihat pasukan ini memperbaiki permainan – bertahan dengan mantap, bijak membuat hantaran dan tepat merembat ke sasaran – aura yang dipunyai pasukan United terdahulu.

Kemungkinan melihat Hojlund diturunkan agak kecil tetapi beliau dijangka berada dalam pasukan ke Stadium Emirates.

United perlu mempamerkan semangat untuk mendapatkan keputusan positif. Kelemahan benteng Arsenal dan ‘midfield’nya yang masih belum serasi boleh membuka peluang kepada Red Devils meraih kemenangan.

Seri bukan satu pilihan bagi saya kerana jenis perlawanan seperti inilah yang bakal membuktikan sama ada United mampu bersaing untuk mengungguli semula EPL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >