Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Matheus Nunes dijangka pindah ke Manchester City

Aug 31, 2023 | 03:42 PM



MANCHESTER: Manchester City telah mencapai persetujuan lisan bersama Wolves untuk mendapatkan khidmat pemain tengah, Matheus Nunes dengan nilai harga £47.3 juta ($81 juta).


Perjanjian untuk pemain berusia 25 tahun itu belum dipersetujui secara rasmi tetapi jika selesai, ia tidak akan melibatkan kos tambahan.

Tawaran City untuk membeli pemain Portugal itu ditolak minggu lalu kerana Wolves dipercayai inginkan bayaran lebih £60 juta.

Nunes tidak hadir dalam latihan Wolves apabila beliau menegaskan keinginan untuk menyertai pasukan Pep Guardiola.

Tambahan pula, Wolves telah bersetuju untuk menandatangani pemain England bawah umur 21 tahun City, Tommy Doyle, secara pinjaman dengan pilihan mengekalkan pemindahan itu dengan jumlah £4.3 juta.

City ingin memperkukuhkan pilihan bahagian tengah mereka walaupun sebelum Kevin de Bruyne mengalami kecederaan yang tidak membenarkannya bermain selama empat bulan.

Lucas Paqueta dari West Ham merupakan pilihan City sebelum beliau disiasat oleh Persatuan Bola Sepak England atas pelanggaran peraturan pertaruhan.

Pengurus Wolves, Gary O’Neil menyatakan selepas kemenangan pasukannya ke atas Blackpool untuk Piala Carabao pada Selasa, beliau menyangka Nunes akan kekal di Wolves selepas tarikh akhir pemindahan pada Jumaat.

Wolves menandatangani Nunes atas kontrak lima tahun pada musim panas lalu, dengan bayaran rekod kelab £38 juta dari Sporting Lisbon.

Nunes memainkan peranan penting untuk Wolves pada separuh kedua musim lalu, membantu Wolves daripada penyingkiran, mengakhiri kedudukan di tempat ke-13.

Sekiranya perjanjian itu selesai, kesemua pihak akan meraih manfaat.

Dengan Kevin de Bruyne cedera untuk jangka masa yang lama, Pep Guardiola memerlukan lebih banyak pilihan di bahagian tengah.

Mungkin Nunes tidak mempunyai kelebihan hantaran seperti Kevin De Bruyne, tapi beliau mempunyai visi dan tahu bagaimana memanfaatkan ruang dengan berkesan.

Bagi Wolves, ini merupakan perubahan untuk mereka.

Kedatangan Matt Hobbs sebagai pengarah teknikal membawa lebih banyak perhatian kepada pemain-pemain Inggeris dan kurang pemain Portugal di Molineux.

Pelantikan Gary O’Neil sebagai pengurus merupakan rancangan ketara.

Walaupun ketiadaan Nunes tidak akan disusuli kehadiran lebih ramai pemain domestik, kedatangan Doyle merupakan petanda untuk apa yang diinginkan pada masa depan.

Jelas sekali bahawa City dan Wolves mempunyai matlamat tersendiri yang sangat berbeza.

Pemergian Nunes dan kedatangan Doyle boleh membantu kededua pasukan untuk mencapai matlamat mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >