Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

West Ham cari alternatif setelah perjanjian untuk Harry Maguire terbantut

Aug 16, 2023 | 11:33 AM
PEMINDAHAN PEMAIN PERTAHANAN: Manchester United membayar rekod £80 juta ($138 juta) untuk menjadikan Harry Maguire pemain pertahanan termahal di dunia pada 2019.
PEMINDAHAN PEMAIN PERTAHANAN: Manchester United membayar rekod £80 juta ($138 juta) untuk menjadikan Harry Maguire pemain pertahanan termahal di dunia pada 2019. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Langkah West Ham untuk membeli Harry Maguire dari Manchester United telah terbantut disebabkan ketidakpastian mengenai sama ada pemain pertahanan itu bersedia untuk menyertai kelab tersebut.

Satu perjanjian £30 juta ($51.8 juta) dipersetujui pada 9 Ogos.

Namun Hammers belum menerima kepastian daripada Maguire tentang bila perjanjian itu dapat diselesaikan, walaupun seolah-olah beliau sanggup berpindah ke Stadium London.

Maguire berdepan dengan kesukaran mendapat peluang pasukan pertama musim lalu dan ditarik jawatan kapten musim ini.

Pemain antarabangsa England itu telah duduk di bangku bagi kemenangan 1-0 United menentang Wolves pada Isnin tetapi tidak dimainkan walaupun pengurus Erik ten Hag menggunakan lima pemain gantian dan menukar pemain pertahanan tengah, Lisandro Martinez, dengan Victor Lindelof pada separuh masa.

Sebelum perlawanan itu, Ten Hag berkata Maguire, 30 tahun, lebih baik meninggalkan United jika beliau tidak cukup yakin untuk merebut kedudukan pasukan pertama.

Terdapat kemungkinan perjanjian bersama West Ham boleh dihidupkan kembali tetapi buat masa ini ia dianggap sebagai terbantut dan pengurus David Moyes sedang mencari alternatif. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg