Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

‘Nasib berbeza’ namun Moyes yakin

Aug 20, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Musim Liga Perdana England (EPL) baru membuka tirainya namun pengurus West Ham, David Moyes, sudah berasa tertekan.


Ini ekoran kegagalan kelab itu memperkukuh skuad the Hammers meskipun setelah menerima yuran pemindahan rekod £105 juta ($182 juta) daripada penjualan pemain midfield Declan Rice.

Pengumuman West Ham bahawa bekas kapten Southampton, James Ward-Prowse, telah menyertainya meredakan sedikit tekanan tersebut, namun Moyes sedar pasukannya memerlukan lebih banyak pelaburan daripada segi pemain untuk meneruskan kemajuan yang dicapai mereka musim lalu.

“Kami bermain di Eropah musim ini untuk mempertahankan takhta (Liga Conference) yang kami menangi musim lalu, jadi jelas kami perlukan tambahan kepada skuad ini daripada segi jumlah pemain dan mutu pemain,” ujar beliau.

Keadaan yang dihadapi rakan sejawatannya di Chelsea bagi perlawanan mereka malam ini (11.30 malam waktu Singapura), Mauricio Pochettino, pula sebaliknya.

Pengurus Chelsea itu menyambut ketibaan lebih 10 pemain baru musim ini, termasuk pemain midfield Brighton, Moises Caicedo, yang didapatkan dengan bayaran pemindahan rekod bagi kelab tersebut, iaitu lebih $173 juta.

Mengulas, Moyes berkata beliau tidak mencemburui Pochettino kerana hakikatnya hanya “11 pemain sahaja yang boleh bermain di padang”, namun akur bahawa pengurus asal Argentina itu mempunyai sebuah skuad yang hebat.

Pochettino pula menegaskan beliau dan pemainnya tidak akan mengambil mudah lawan mereka, lebih-lebih lagi perlawanan itu berlangsung di padang West Ham, Stadium London.

“West Ham ialah sebuah pasukan yang baik dan mantap. Kejayaan menjulang piala Eropah tidak boleh dicapai secara tidak sengaja.

“Tetapi kami juga yakin akan kebolehan kami, tidak kira siapakah 11 pemain yang diturunkan. Kami mahu meneruskan persembahan baik yang kami tampilkan semasa menentang Liverpool,” katanya.

Bekas pemain Wes Ham, Don Hutchison, berkata beliau menjangka perlawanan sengit namun akhirnya Chelsea mempunyai mutu yang terlalu tinggi untuk disaingi West Ham.

“Saya rasa Chelsea mempunyai kelebihan daripada segi kekuatan mereka di tenaga penggempur dan itu bakal menjadi perbezaan dalam perlawanan malam ini,” kata beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >