Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kylian Mbappe tidak akan latih dengan pasukan pertama akibat masalah kontrak

Aug 7, 2023 | 2:33 PM
MASALAH KONTRAK: Mbappe enggan menandatangani lanjutan selama setahun bagi kontraknya yang berakhir pada musim panas depan.
MASALAH KONTRAK: Mbappe enggan menandatangani lanjutan selama setahun bagi kontraknya yang berakhir pada musim panas depan. - Foto AFP

Kylian Mbappe tidak akan berlatih dengan pasukan pertama Paris St-Germain (PSG) apabila mereka giat membuat persiapan pada Isnin bagi permulaan musim Ligue 1.

Mbappe berhadapan masalah kontrak bersama PSG di tengah-tengah keinginannya untuk menyertai Real Madrid.

Penjaring gol terbanyak sepanjang masa buat kelab itu enggan menandatangani lanjutan selama setahun bagi kontraknya yang berakhir pada musim panas depan.

Justeru PSG ingin menjual pemain penyerang Perancis itu sekarang dan mendapatkan bayaran pemindahan daripada melepaskannya begitu sahaja tanpa meraih sebarang bayaran.

Disebabkan itu, Mbappe tidak disertakan dalam skuad lawatan PSG bagi lawan pramusim mereka di Asia.

Beliau kemudian enggan bertemu wakil Al-Hilal, yang membuat tawaran rekod dunia untuk membawanya ke Saudi Pro League.

Padahal PSG telah memberi kebenaran kepada kelab Arab Saudi itu untuk berbincang dengan Mbappe selepas membuat bidaan rekod dunia 300 juta euro ($443 juta), kata sumber yang tahu akan rundingan itu.

PSG akan memulakan persaingan mempertahankan gelaran juara Liga Perancis menentang Lorient pada Ahad, dan ia difahamkan bahawa Mbappe akan berlatih dengan pasukan kedua PSG dan bukan pasukan utama.

Sumber PSG berkata usaha terbaru mereka untuk menyelesaikan kebuntuan ialah menawarkan Mbappe terma jaminan penjualan dalam kontrak barunya. Tawaran itu ditolak pemain itu.

Setelah bertahun lamanya tidak mencapai keputusan yang diingini dalam Liga Juara-Juara bersama bintang-bintang bola sepak mereka, PSG kini sedang mengambil laluan berbeza dan difahamkan hampir menyelesaikan perjanjian untuk mendapatkan khidmat pemain pasukan Benfica, Goncalo Ramos.

Lelaki berusia 22 tahun itu telah menjaringkan hat-trick untuk Portugal dalam Piala Dunia 2022 di Qatar dan telah menarik minat daripada banyak kelab terkemuka Eropah.

PSG dijangka membayar 80 juta euro untuk pemain penyerang tersebut. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg