Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Mbappe harus ikat kontrak untuk kekal di kelab: Presiden PSG

PSG enggan benarkan bintang Perancis tinggalkan kelab secara percuma apabila kontrak tamat di akhir musim depan
Jul 06, 2023 | 09:48 AM



PARIS: Kylian Mbappe harus menandatangani kontrak baru dengan Paris Saint-Germain jika ingin kekal di kelab itu, kata presidennya, Nasser Al-Khelaifi.


Al-Khelaifi berkata demikian di satu sidang media untuk memperkenalkan pengurus baru Luis Enrique menyusuli pemecatan Christophe Galtier.

Mbappe, 24 tahun yang berasal dari Perancis telah memberitahu PSG beliau tidak akan melanjutkan kontrak yang dijadual tamat pada 2024.

“Pendirian kami adalah jelas,” kata Al-Khelaifi.

“Jika beliau mahu kekal di sini dan kami mahu beliau kekal di sini, beliau harus menandatangani kontrak baru.

“Kami tidak boleh membiarkan pemain terbaik di dunia pada masa ini pergi secara percuma. Itu adalah mustahil.

Mbappe mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontraknya setahun selepas kontrak itu tamat di akhir musim depan, tetapi beliau berkata tidak akan berbuat demikian selepas musim 2023-2024. 

Jika ini berlaku, Mbappe boleh meninggalkan kelab itu dan menyertai kelab lain secara percuma pada musim panas depan.

Keadaan ini membolehkannya meminta gaji lebih tinggi daripada kelab baru yang tidak perlu membayar apa-apa kepada PSG untuk mendapatkan khidmatnya.

“Kelab ini adalah sebuah kelab Perancis dan sebagaimana yang beliau katakan, beliau tidak akan meninggalkan kelab ini secara percuma,” kata Al-Khelaifi.

“Namun, jika ada pihak yang telah mengubah fikirannya… itu bukan salah kami.”

Mbappe menyertai PSG pada 2017 sebagai pinjaman daripada Monaco, tetapi menyertai kelab yang berpangkalan di Paris itu secara tetap dengan bayaran 180 juta euro ($264 juta).

Beliau telah menjaringkan 212 gol dalam 260 perlawanan bagi PSG. 

Pemain itu mengakhiri Liga Satu Perancis sebagai penjaring terbanyak bagi lima musim berturut-turut dan telah membantu kelab itu memenangi lima kejuaraan liga dalam enam musim sejak beliau menyertainya. 

Enrique, yang sebelum ini memimpin Barcelona dan pasukan nasional Sepanyol, mengambil alih jawatan pengurus di PSG sedang kelab itu berada dalam proses peralihan.

Selain ketidaktentuan berhubung Mbappe, Enrique juga perlu membuat keputusan mengenai masa depan bintang dari Brazil Neymar di kelab itu, selepas kapten Argentina Lionel Messi berpindah ke Inter Miami.

Buat masa ini, pemilik PSG yang berasal dari Qatar sedang cuba membina pasukan tanpa bergantung pada pemain bertaraf bintang yang sejauh ini tidak membantu kelab itu memenangi Liga Juara-Juara Eropah yang diidamkan.

Tanda-tanda awal menggalakkan selepas Galtier menggantikan Mauricio Pochettino pada musim panas lalu.

PSG memulakan musim dengan kuat, melalui 22 perlawanan tanpa kalah. Namun, ia tewas sembilan kali dalam semua pertandingan menyusuli Piala Dunia.

Ia tewas 2-1 kepada Marseille dalam pusingan kalah mati pertama Piala Perancis, menyusuli perlawanan kepada Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara.

Dalam pertandingan domestik PSG juga terkial-kial untuk menjuang piala liga, dan hanya mengatasi pesaing terdekat, Lens dengan satu mata.

Galtier juga sedang menghadapi tuduhan mengutarakan kata-kata perkauman semasa memimpin Nice.

Beliau telah menafikan tuduhan itu dan akan dibicarakan pada Disember menyusuli satu siasatan. 

PSG berkata: “Seluruh pasukan PSG ingin mengucapkan terima kasih kepada Christophe Galtier dan juga kepada penolongnya, Thierry Oleksiak dan Joao Sacramento, kerana menunjukkan profesionalisme dan komitmen sepanjang musim.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >