Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tennis

Kyrgios mahu bantu mangsa kebakaran dengan pukulan 'ace'

Jan 04, 2020 | 05:30 AM



BRISBANE: Bintang tenis Australia Nick Kyrgios telah tampil ingin membantu mangsa kebakaran belukar di negaranya.



Beliau telah berikrar untuk menderma $200 bagi setiap pukulan 'ace' yang dibuatnya semasa perlawanan musim panas di tanah airnya.



Lebih 1,000 rumah musnah akibat kebakaran yang antara lain didorong suhu yang tinggi dan angin kuat.



Malah, kampung halaman Kyrgios di Canberra turut mengalami mutu udara paling teruk dan penduduk dinasihatkan untuk tidak keluar rumah.



"Saya akan hulurkan bantuan bagi mereka yang terjejas dek kebakaran ini.



"Saya akan menderma $200 bagi setiap pukulan 'ace' dalam semua acara yang saya sertai musim panas ini," ujar pemain nombor 30 dunia itu menerusi laman Twitter beliau.



Rakan sepasukannya dalam Piala ATP, Alex de Minaur, turut melahirkan sokongan beliau dan mengumumkan bahawa beliau akan menderma $250 bagi setiap pukulan 'ace' yang dibuatnya.



Pemain nombor 48 dunia, John Millman, turut menjanjikan untuk menderma $100 bagi setiap pukulan 'ace' semasa perlawanan pada musim panas Australia.



Sebelum ini, Kyrgios juga telah menulis di laman Twitter beliau yang ditujukan kepada persatuan Tennis Australia bagi mengusulkan perlawanan amal untuk membantu mangsa kebakaran itu.



"Apa yang sedang berlaku kini amat tragik, terutama sekali kerana kampung halaman saya, Canberra, turut terjejas dek asap yang paling berbahaya di dunia sekarang ini.



"Tentunya sedih... dengan tiada hujan diramalkan bagi empat bulan akan datang. Oleh itu, kebakaran ini tidak dijangka reda segera," kata Kyrgios semasa satu sidang media Piala ATP di Brisbane.



Ketua eksekutif Tennis Australia Craig Tiley juga telah mengesahkan bahawa satu kempen mengumpul dana di pelbagai bandar akan dilancarkan untuk membantu mereka yang terjejas dek kebakaran ini.



"Kami ingin membantu masyarakat ini dengan cara yang bermakna dan akan mengumumkan beberapa acara mengumpul dana serta usaha bantuan yang akan diadakan sepanjang Piala ATP, Terbuka Australia dan acara lain dalam beberapa minggu akan datang," katanya menerusi satu kenyataan.



Kyrgios memulakan perlawanan musim ini apabila Australia menentang Jerman dalam perlawanan Kumpulan F Piala ATP semalam.



- Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >