Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lamine Yamal rangkul Anugerah ‘Golden Boy’ 2024

Nov 28, 2024 | 2:36 PM
Lamine Yamal merupakan pemain keempat Barcelona yang memenangi Anugerah ‘Golden Boy’ selepas Gavi, Pedri dan Lionel Messi.
Lamine Yamal merupakan pemain keempat Barcelona yang memenangi Anugerah ‘Golden Boy’ selepas Gavi, Pedri dan Lionel Messi. - Foto AFP

BARCELONA: Pemain sayap Barcelona, Lamine Yamal, telah memenangi Anugerah Golden Boy atau Pemain Muda Terbaik, mengakhiri 2024 dengan cemerlang selepas membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024.

Pada usia 17 tahun empat bulan, Yamal menjadi pemenang termuda dalam sejarah anugerah tersebut, lapor akhbar sukan Italy, Tuttosport, pada 27 November.

Anugerah itu mengiktiraf pemain di bawah usia 21 tahun yang bermain di Eropah. 

Yamal dipilih mendahului Arda Güler dari Real Madrid dan Warren Zaire-Emery dari Paris Saint-Germain (PSG), menurut laporan Reuters.

Yamal dinobatkan sebagai Pemain Muda Euro 2024 di Jerman. Beliau merupakan pemain termuda yang beraksi dalam perlawanan akhir dan golnya dalam kemenangan separuh akhir ke atas Perancis menjadikannya penjaring termuda dalam kejohanan itu.

Ia menjadikannya pemain termuda menjuarai perlawanan tersebut selepas Sepanyol menewaskan England 2-1 di perlawanan akhir. 

Pada majlis Ballon d’Or pada Oktober, Yamal juga memenangi Trofi Kopa untuk pemain terbaik dunia bawah 21 tahun dan menduduki tempat kelapan dalam anugerah keseluruhan.

Yamal terus menunjukkan prestasi cemerlang musim ini, menjaringkan lima gol dalam 12 perlawanan liga untuk Barcelona yang kini mendahului LaLiga, tempat beliau dilatih di akademi La Masia, seperti Lionel Messi.

Pemain England dan Real Madrid, Jude Bellingham, telah memenangi Anugerah Golden Boy pada 2023, manakala pemenang terdahulu termasuk Kylian Mbappe dan bekas penyerang England, Wayne Rooney. 

Yamal merupakan pemain keempat Barcelona yang memenangi anugerah tersebut selepas Gavi, Pedri dan Messi.

Sementara itu, pemain tengah serangan Barcelona, Vicky Lopez, 18 tahun, merangkul Anugerah Golden Girl. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg