Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lampard kini jadi pilihan bos baru Everton

Jan 29, 2022 | 09:49 AM



LIVERPOOL: Pemilik Everton, Farhad Moshiri, akan mengadakan rundingan tergempar dengan pucuk pimpinan kelab itu sebelum membuat keputusan mengenai pilihan pengganti bagi pengurus Rafael Benitez yang dipecat baru-baru ini.



Ini selepas beliau terpaksa menarik balik pengumumannya untuk melantik Vitor Pereira sebagai pengurus baru Everton selepas peminat kelab itu menentang keras keputusan tersebut.



Perkembangan tersebut menjadikan Frank Lampard, bekas pemain dan pengurus Chelsea, sebagai calon utama untuk menjadi pengurus kelab dari Merseyside itu, dengan bekas pemain Everton, Duncan Ferguson, juga masih dalam pertimbangan.



Laman BBC melaporkan Pereira pada awalnya menjadi pilihan utama Moshiri tetapi pelantikannya sebagai pengurus kini dianggap tidak akan menjadi realiti selepas peminat Everton menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan itu.



Penyokong Everton menganggap Pereira sebagai kurang berkeupayaan untuk memimpin kelab itu.



Beliau kini tidak mengendalikan mana-mana pasukan selepas dipecat kelab Turkey, Fenerbahce, pada Disember lalu.



Percubaan beliau untuk menenangkan hati peminat dengan menyertai wawancara di televisyen untuk berkongsi perbincangannya dengan pemilik Everton dan juga rancangannya bagi kelab itu pula gagal meyakinkan penyokong.



Sebaliknya, Lampard, yang memimpin Chelsea ke tangga keempat Liga Perdana England (EPL) dan membawa kelab itu ke final Piala FA, sebelum dipecat pada Januari 2021, lebih disenangi peminat Everton.



Insiden ini hanya lembaran seterusnya dalam percubaan Everton untuk mencari pengganti bagi Benitez yang dipecat selepas gagal menyemarakkan kelab itu.



The Toffees (gelaran Everton) masih terkial-kial mencatatkan kemenangan selepas 20 pusingan perlawanan.



Ia hanya mengecapi lima kemenangan sejauh ini dan dengan 19 mata - bergelut di zon relegasi di tangga ke-16 liga.



Sebelum Pereira dijadikan pilihan utama, Everton cuba memikat Roberto Martinez - bekas pengurusnya yang kini memimpin pasukan nasional Belgium.



Namun, percubaan Everton untuk 'memancing' semula Martinez ditolak Belgium sedang negara itu bersiap bagi Piala Dunia Qatar pada hujung tahun ini.



Martinez antara lima pengurus di Goodison Park yang dipecat oleh Moshiri yang didorong berbuat demikian pada 2016 selepas mendengar bantahan peminat Everton.



Kali ini, Moshiri berdepan dengan bantahan yang serupa daripada penyokong kelab itu, yang semakin lantang selepas Everton tewas kepada Aston Villa di padang sendiri pada Sabtu lalu.



Penyokong kelab itu telah mengadakan bantahan di luar pejabat kelab itu di pusat bandar dan juga di Goodison Park pada awal minggu ini.



Antara lain, penyokong membantah cara Moshiri dan pengerusi kelab, Bill Kenwright, mengendalikan kelab itu.



Turut jadi sasaran cemuhan adalah ejen bola sepak Kia Joorabchian yang dianggap terlalu berpengaruh ke atas pemilik kelab itu.



Dalam pada itu, Everton mendapat satu lagi berita buruk apabila dua pemainnya - Abdoulaye Doucoure dan Fabian Delph - tidak dapat beraksi selama sekurang-kurangnya empat minggu. - Agensi berita.



BOLA SEPAK ENGLAND




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >