Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Latihan kumpulan 8 orang, kapasiti kemudahan sukan 8 meter persegi seorang dalam Fasa 3

Dec 24, 2020 | 05:37 PM



ATLET dan penggiat sukan tempatan kini boleh mengadakan latihan kumpulan seramai lapan orang bermula 28 Disember, umum Sport Singapore (SportSG), selaras dengan Fasa Kedua pembukaan semula Singapura.



Ini bermakna sepak takraw, bola keranjang dan futsal yang dimainkan dalam format empat lawan empat, dan bot naga yang merangkumi sehingga lapan atlet akan dibenarkan, kata SportSG dalam panduan yang diterbitkan pada Khamis (24 Dis)



Bilangan ini naik daripada latihan kumpulan seramai lima orang yang ditetapkan dalam Fasa Dua.



Sekiranya terdapat lebih daripada satu kumpulan yang berkongsi ruang, kumpulan itu tidak boleh berinteraksi dan mesti menjaga jarak 3 meter antara satu sama lain pada setiap masa, kata SportSG.



Agensi sukan negara itu menambah operasi kapasiti kemudahan sukan dan rekreasi dalam Fasa Tiga akan dihadkan kepada 8 meter per segi setiap orang atau maksimum 50 orang dalam setiap kemudahan.



Dalam Fasa Dua, kapasiti kemudahan terhad kepada 10 meter per segi setiap orang atau maksimum 50 orang dalam setiap kemudahan.



Peraturan ini dikenakan kepada semua kemudahan di luar dan di dalam bangunan, dan tertuduh yang saiznya besar daripada 64 meter per segi.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dalam pos yang di Facebook petang ini, berkata: 



“Ini bermakna sukan berpasukan seperti bola keranjang, bola sepak, hoki dan bola tampar kini boleh disambung semula dalam format empat lawan empat. Kemudahan lebih besar boleh mempunyai lebih daripada satu zon.



“Belum cukup masanya untuk formasi 4-3-3 atau 4-3-1-2 (untuk bola sepak), tetapi ini memberi peminat sukan beberapa pilihan tambahan.



“Atlet bot naga bola mendayung bot dalam air dalam kumpulan lapan orang dan penggiat kecergasan boleh ke kelas senaman yang merangkumi kumpulan lapan orang, beserta langkah pengurusan selamat yang disemak semula.



“Sukan penting untuk kesejahteraan fizikal dan mental dan sebagai kegiatan rekreasi yang menyeronokkan. Kami ingin memastikan bahawa lebih ramai warga Singapura dapat bermain dan menikmati sukan, dengan selamat.”



Untuk maklumat lanjut mengenai panduan penyambungan semula sukan dan kegiatan fizikal dalam Fasa Tiga SportSG, sila lungsuri pautan ini: 



https://www.myactivesg.com/read/2020/12/advisory-for-resumption-of-sport-and-physical-exercise-and-activity-for-phase-three-safe-nation




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >