Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Latihan pramusim Spurs di S’pura peluang pererat hubungan pemain: Pengurus baru

Jun 17, 2023 | 05:30 AM



Pengurus baru Tottenham Hotspur Ange Postecoglou berkata latihan pramusim di Singapura yang bakal dijalani kelab itu adalah peluang besar untuk mempererat hubungan antara pemainnya.

Dalam satu kenyataan media, Postecoglou, yang berasal dari Australia, menekankan peri penting persiapan pramusim serta penyertaan kelab itu dalam perlawanan pramusim menentang pasukan kuat, yang diadakan di sini sempena Festival Bola Sepak Singapura.

Acara itu dianjurkan oleh CDG Zig.

“Kami menghabiskan banyak masa bersama, yang saya fikir adalah perkara baik kerana pentingnya kami mengenali satu sama lain.

“Inilah masanya untuk kami kembali berikan kepada mereka yang mungkin tidak bernasib baik untuk menonton kami secara langsung dengan kerap,” kata Postecoglou.

Pasukan Liga Perdana England (EPL) itu akan bertemu AS Roma daripada Serie A Italy pada 26 Julai di Stadium Negara dalam satu pertemuan yang dinantikan peminat kededua pasukan.

Mereka akan bersaing untuk memenangi Piala Tiger.

Sebuah lagi kelab EPL, Liverpool FC, akan mempertahankan Trofi Standard Chartered Singapura dengan menentang Leicester City FC pada 30 Julai, juga di Stadium Negara.

Pada 2 Ogos, Liverpool akan bertemu juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich FC, untuk merebut Trofi Singapura.

Spurs dan Liverpool juga akan mengadakan sesi latihan terbuka di Stadium Negara, masing-masing pada 25 dan 29 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >