Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Leeds, Burnley layak ke EPL musim depan

Apr 22, 2025 | 4:02 PM
Pendahulu Liga Kejuaraan, Leeds United, berjaya melayakkan diri ke Liga Perdana England (EPL) musim depan.
Pendahulu Liga Kejuaraan, Leeds United, berjaya melayakkan diri ke Liga Perdana England (EPL) musim depan. - Foto REUTERS

LONDON: Leeds United dan Burnley berjaya melayakkan diri ke Liga Perdana England (EPL) pada 21 April.

Leeds, yang bersaing dalam Liga Kejuaraan, tahap kedua Liga Bola Sepak England, menundukkan Stoke 6-0 di Elland Road, dalam perlawanan yang menyaksikan Joel Piroe menjaringkan empat gol.

Pasukan kendalian Daniel Farke itu sedar bahawa jika Sheffield United tidak dapat menewaskan Burnley dalam perlawanan mereka, Leeds akan disahkan layak ke EPL.

Kapten Burnley, Josh Brownhill, menjaringkan kededua gol dalam kemenangan 2-1 mereka ke atas Sheffield bagi melayakkan pasukannya dan Leeds ke EPL musim depan.

Kededua pasukan tersebut mempunyai 94 mata dan tidak lagi boleh dikejar oleh Sheffield United yang menduduki tempat ketiga dengan 86 mata.

Walaupun telah berjaya ke EPL, kapten Leeds, Ethan Ampadu, menekankan bahawa pasukannya tetap akan bertarung untuk memenangi trofi Liga Kejuaraan.

“Kami masih mempunyai matlamat yang ingin dicapai, jadi kami akan menikmati hari ini dan kemudian akan cuba mendapatkan trofi Liga Kejuaraan pula,” kata beliau.

Leeds terkial-kial pada awal Mac, apabila mereka hanya memperoleh satu kemenangan dalam enam perlawanan.

Namun, mereka kini merupakan pasukan yang menjaringkan jumlah gol terbanyak dengan 89 gol, dan mereka juga telah memenangi keempat-empat perlawanan terakhir mereka.

Walaupun serangan Burnley tidak berbisa seperti Leeds, kekuatan mereka terletak pada barisan pertahanan, dengan gawang mereka hanya dibolosi 15 kali sepanjang musim dan berjaya melanjutkan rekod tanpa kalah sepanjang 31 perlawanan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg