Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

Leeds dimalukan kelab Liga 2; Chelsea, Spurs menang besar

Jan 12, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Leeds mengalami kekalahan memalukan selepas tewas 0-3 kepada kelab Liga Dua, Crawley Town pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Broadfield, kelmarin.



Crawley menyertai nama-nama besar seperti Tottenham Hotspur, Chelsea dan Manchester City yang mara mudah ke pusingan keempat kejohanan berkenaan.



Leeds yang menduduki tangga ke-12 Liga Perdana England (EPL), menerima padah selepas pengendalinya Marcelo Bielsa melakukan tujuh pertukaran ke atas skuad utamanya di Stadium The People's Pension.



Leeds bermula dengan cemerlang selepas 16 tahun tersingkir daripada liga utama dengan menampilkan corak serangan yang menarik minat ramai penyokong.



Bagaimanapun, Bielsa yang masih lagi gagal memenangi Piala FA sepanjang tiga musim mengendalikan pasukan, menerima padah selepas merehatkan beberapa pemain utama.



Illan Meslier, Stuart Dallas, Luke Ayling, Mateusz Klich dan Patrick Bamford tidak beraksi dan Crawley mengambil kesempatan untuk melanjutkan kemenangan kepada 10 perlawanan dalam semua kejohanan.



Pemain bek kiri Crawley, Nick Tsaroulla membuka tirai jaringan bagi Crawley pada minit ke-51. Gol tersebut juga merupakan gol pertama dalam kerjayanya.



Ashley Nadesan kemudian melebarkan jurang dua minit kemudian sebelum rakan sepasukan Jordan Tunnicliffe melengkapkan kemenangan bersejarah kelab tahap empat itu pada minit ke-70.



"Pemain-pemain ini mahu membuktikan sesuatu kepada kelab lama yang melepaskan mereka, dan kami membuktikan apa yang mampu kami lakukan ke atas pasukan yang amat bagus," kata jurulatih Crawley, John Yems.



Mengulas tentang perlawanan tersebut, Bielsa berkata: "Ia bukan soal kejutan. Kami tahu karakter pemain-pemain mereka.



"Kami mengawal bola untuk tempoh yang lama tetapi tidak mampu memanfaatkan peluang yang ada."



Dalam perlawanan lain, naib juara Piala FA musim lalu, Chelsea kembali melakar kemenangan selesa selepas menewaskan pasukan Liga Dua, Morecambe 4-0 untuk mara ke pusingan keempat pertandingan tersebut.



Gol Chelsea dijaringkan oleh Mason Mount, Timo Werner, Callum Hudson-Odoi dan Kai Havertz.



Pengurus Chelsea, Frank Lampard berkata: "Saya gembira Timo berjaya menjaringkan gol kerana beliau memang mahu menjadi antara penjaring dalam perlawanan ini. Beliau mempunyai banyak peluang kali ini.



"Beliau sudah berada di posisi terbaik menjaringkan gol tapi tiada yang membantunya. Di sampingnya dan Kai yang beraksi di saingan liga, beberapa pemain EPL yang lain juga perlu masa untuk menyerlah.



"Ini permulaan yang bagus untuk mereka berdua."



Sementara itu, pengurus Marine, Neil Young memberikan penghargaannya kepada pengurus Tottenham Hotspurs, Jose Mourinho kerana menyenaraikan pasukan terkuat mereka biarpun membelasah pasukan divisyen lapan dengan keputusan 5-0.



"Saya perlu memuji Jose Mourinho dan pasukannya mereka menunjukkan rasa hormat kepada kami," kata Young.



"Pada akhirnya kami hanya mampu ketawa kepada siapa yang masuk dari bangku simpanan. Saya tidak boleh minta lebih daripada pemain.



"Anda bermain menentang pasukan berkelas dunia dan yang menjadikannya mudah sekali. Saya bangga dengan apa yang sudah kami capai."



Tanpa kapten England Harry Kane, Spurs masih menurunkan skuad terbaiknya dengan Son Heung-min dan Gareth Bale bermula di bangku simpanan.



Dele Alli, Toby Alderweireld dan Lucas Moura, serta pengganti Kane Vinicius membarisi kesebelasan utama Spurs.



"Saya rasa pemain-pemain cukup profesional dan mereka terus berusaha sehingga tamat perlawanan," kata Mourinho. - AFP, Agensi berita.




"Ia bukan soal kejutan. Kami tahu karakter pemain-pemain mereka. Kami mengawal bola untuk tempoh yang lama tetapi tidak mampu memanfaatkan peluang yang ada."
- Jurulatih Leeds, Marcelo Bielsa.



"Pemain-pemain ini mahu membuktikan sesuatu kepada kelab lama yang melepaskan mereka, dan kami membuktikan apa yang mampu kami lakukan ke atas pasukan yang amat bagus."
- Jurulatih Crawley, John Yems.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >