Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Meninggal dunia pada usia 78 tahun

Legenda bola sepak Jerman Franz Beckenbauer modenkan bola sepak

Jan 09, 2024 | 04:27 PM



BERLIN: Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer, yang meninggal dunia pada usia 78 tahun pada 7 Januari (8 Januari waktu Singapura), telah membantu memodenkan sukan bola sepak.


Beliau turut menjadi ikon kejayaan sukan itu di Jerman selepas Perang Dunia Kedua, setelah mengetuai pasukan negaranya merangkul kejohanan Piala Dunia 1974, yang berlangsung di negaranya.

Beckenbauer diberi gelaran ‘Der Kaiser’ – Maharaja – kerana gayanya yang sering menguasai permainan. Sebagai pemain dan kemudian jurulatih, namanya sinonim dengan kejayaan Jerman dalam sukan itu selama beberapa dekad.

Beliau memenangi pelbagai anugerah utama sepanjang kerjayanya sebagai pemain cemerlang, dan meneruskan kejayaannya yang luar biasa selepas menjadi pengurus pasukannya, lapor The Straits Times.


Beckenbauer bermain 103 kali bagi pasukan nasional Jerman Barat, dan menjulang Piala Dunia sebagai kaptennya pada 1974 – dua tahun selepas memenangi Kejohanan Eropah.

Pada peringkat kelab, beliau memimpin pasukan Bayern Munich untuk meraih tiga kemenangan Piala Eropah berturut-turut, dari 1974 hingga 1976, Piala Kelab Dunia dan Piala Pemenang Piala Eropah, di samping lapan trofi domestik, iaitu empat kejohanan liga dan empat kemenangan piala.

Beliau dinamakan sebagai Pemain Terbaik Jerman Barat sebanyak empat kali dan Pemain Terbaik Eropah dua kali.

Beckenbauer sering dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, dan dipandang ramai sebagai pemain Eropah terbaik. Sebagai pemain pertahanan, beliau mencipta peranan ‘sweeper’ moden.

Beliau menikmati kejayaan sebagai jurulatih semasa mengetuai pasukan Jerman dan merangkul kejohanan Piala Dunia 1990 di Italy, sekali gus menjadi salah seorang daripada hanya tiga pemain lelaki yang pernah menjulang Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih.

Namun, walau menjadi ketua penganjur Piala Dunia 2006 di negaranya sendiri, reputasi Beckenbauer tercalar menyusuli siasatan ke atas sebuah dana bagi kejohanan itu, dan bayaran 6.7 juta euro ($9.8 juta) kepada badan induk Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada 2005.

Beckenbauer, yang mengalami beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu, menafikan sebarang salah laku dan sering menjauhkan diri daripada khalayak ramai.

Dilahirkan di Munich pada 11 September 1945, Beckenbauer, anak pegawai pos yang pernah berlatih sebagai jurujual insurans, menyertai pasukan belia Bayern pada 1959.

Beliau kemudian mara ke pasukan pertama. Dengan kepandaiannya mengatur permainan sebagai pemain tengah Bayern, yang sebelum itu adalah sebuah pasukan bola sepak liga serantau Jerman Barat yang tidak dikenali ramai, melonjak ke kedudukan antarabangsa dan menjadi jenama paling berpengaruh dalam bola sepak Jerman.

Sejurus selepas menjangkau usia 20 tahun, Beckenbauer beraksi buat kali pertama dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Sweden dan menjadi tontonan ramai dalam pasukan nasional selama lebih sedekad.

Beliau menunjukkan prestasi amat baik dalam tiga Piala Dunia sebelum berpindah merentasi lautan Atlantik untuk bermain bagi pasukan New York Cosmos, dalam satu tawaran bernilai berjuta-juta dolar pada 1977.

Beliau menetap di Amerika Syarikat selama tiga tahun dengan bayaran lumayan sebelum kembali ke Jerman Barat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >