Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Permulaan cemerlang yakinkan Klopp

Aug 27, 2023 | 05:32 AM



ENGLAND: Jika Liverpool dapat kembalikan prestasi hebatnya, ia akan bertanding untuk kejuaraan Liga Perdana England (EPL), kata Jurgen Klopp, jurulatih Liverpool, pada akhir musim EPL lalu.


Dan setakat ini, Liverpool telah memulakan musim EPL baru ini tanpa kalah – seri bersama Chelsea, dan mengalahkan Bournemouth.

Walaupun tidak menang, Klopp menganggap satu mata yang diperolehnya semasa seri menentang Chelsea sebagai suatu yang positif.

Kemenangan Liverpool atas Bournemouth juga menggambarkan semangat dan kebolehan pasukan Liverpool.

Semangat dan kebolehan ini terlihat walaupun Alexis Mac Allister dikenakan kad merah.

Pemain Liverpool, Diogo Jota, secara bergurau menyatakan bahawa pasukannya bermain dengan lebih baik dengan 10 pemain.

Namun gurauan itu ada benarnya. Walaupun tanpa Allister, Liverpool kelihatan lancar dan dapat menjaringkan gol.

Daya tahan, perpaduan dan keupayaan Liverpool sudah terlihat. Terdapat bakat yang menyerlah.

Antaranya ialah Luis Diaz, yang telah menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan EPL.

“Jikalau Luis kekal sihat, saya rasa tidak ada sesiapa yang boleh menafikan kualitinya. Beliau menjaringkan gol yang sungguh cemerlang,” puji Klopp selepas perlawanan menentang Bournemouth.

“Asalkan beliau segar, beliau merupakan ancaman terbesar bagi pasukan lawan,” tambah Klopp.

Namun, Liverpool juga menghadapi cabaran.

Prestasi Trent Alexander-Arnold misalnya didapati kurang memuaskan. Jika tidak ‘off-side’ , Trent mungkin dipertanggungjawab membuka gol akibat kesilapannya semasa menentang Bournemouth.

Kecederaan pemain mungkin merumitkan Liverpool.

Semasa menentang Bournemouth, kededua Trent dan Diaz terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Namun, Klopp berharap kecederaan itu tidak begitu serius dan menjangka mereka akan kembali beraksi secepat mungkin.

Allister pula dikenakan kad merah semasa Liverpool mengatasi Bournemouth 3-1.

“Kita pernah melihat kejadian lebih teruk yang tidak dikenakan kad merah; Allister tidak sepatutnya dikenakan kad merah,” kata Klopp.

Liverpool merancang membuat rayuan akan layangan kad merah itu.

Walaupun boleh dikatakan bahawa ia terlalu awal untuk menentukan apa-apa, Liverpool kelihatan seperti mereka akan kembali kepada prestasi terbaik mereka.

Jika diberi masa, pemain-pemain barunya seperti Wataru Endo dan Dominik Szobozslai akan dapat menyesuaikan dirinya dan pemain-pemain lain juga akan memperbaiki permainan mereka.

Dan ini menambah keyakinan Klopp tentang peluang pasukannya untuk menjuarai EPL musim ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >