Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Leicester City beli Coady dari Wolves, Winks dari Spurs

Jul 03, 2023 | 04:22 PM



LONDON: Leicester City, yang disingkir ke Liga Championship selepas menduduki tangga ke-18 di Liga Perdana England (EPL) musim lalu, telah menandatangani Conor Coady dan Harry Winks. Mereka masing–masing telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab itu.


Adalah difahamkan bahawa bayaran yuran bagi Winks bernilai sekitar £10 juta ($17 juta) manakala yuran bayaran buat Coady bernilai £8.5 juta.

Pemain pertahanan Coady, 30 tahun, menyertai Leicester selepas bermain selama lapan tahun bersama Wolves manakala pemain tengah Winks, 27 tahun, menyertai Leicester dari Tottenham Hotspur.

Coady dan Winks, yang masing–masing diberi kesempatan bermain 10 kali atau ‘caps’ buat England, menjadi pemain pertama dibeli pengurus Leicester baru, Enzo Maresca, sejak mengambil alih kelab itu pada Jun.

Coady telah membuat 317 penampilan untuk Wolves dan disertakan dalam skuad England buat kedua–dua Euro 2020 dan Piala Dunia 2022, walaupun beliau tidak bermain di mana–mana kejohanan.

Winks pula telah bermain sebanyak 128 perlawanan EPL buat Tottenham dan merupakan antara kesebelasan utama kelab itu ketika menentang Liverpool dalam final Liga Juara–Juara 2019 di mana Spurs kalah 2–0. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >