Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Leicester City rugi 215j paun sepanjang tiga musim

Apr 4, 2024 | 11:52 AM
Leicester City yang kini beraksi merebut kejuaraan Championship dalam Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) menyatakan kerugian yang dialami mereka ada kaitan dengan penyingkiran daripada Liga Perdana England (EPL), yakni liga bola sepak terulung Britain.
Leicester City yang kini beraksi merebut kejuaraan Championship dalam Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) menyatakan kerugian yang dialami mereka ada kaitan dengan penyingkiran daripada Liga Perdana England (EPL), yakni liga bola sepak terulung Britain. - Foto REUTERS

LONDON: Leicester City melaporkan kerugian berjumlah 89.7 juta paun ($152.45 juta) bagi musim 2022/2023 – menjadikan keseluruhan kerugian yang dialami kelab itu sepanjang tiga kempen dalam Liga Perdana England (EPL) kepada lebih 215 juta paun.

Pasukan bergelar Foxes itu didakwa pada Mac kerana melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan (PSR) berkaitan angka-angka yang dikeluarkan mereka pada ketika ini.

Peraturan itu membolehkan kelab-kelab bola sepak rugi 105 juta paun sepanjang tempoh tiga tahun.

Hal ini timbul meskipun Leicester City yang disingkirkan ke Liga Kejuaraan daripada EPL pada akhir musim lalu, meraih 74.8 juta paun daripada hasil penjualan pemain.

Dalam akaun, kelab itu menyifatkan penyingkiran mereka sebagai “mengecewakan dan penurunan yang tidak diduga”, selepas menduduki tangga kelima (2019/2020) dan kelima (2020/2021) lagi dan kemudian kelapan (2021/2022), dalam tiga musim EPL sebelum itu.

Ketua eksekutif kelab itu, Susan Whelan berkata:

“Selepas kelab itu melalui satu tempoh membangun dan meraih kejayaan sepanjang sedekad lalu, musim 2022/2023 merupakan langkah ke belakang, dan kesannya akan dirasakan buat seketika.

“Kita kini perlu tumpukan kepada usaha membangunkan semula dan kembali dinaikkan ke EPL.

“Selepas mencapai kedudukan kelima, kelima dan kelapan dalam musim-musim sebelum itu, sasaran kami dan bajet yang dikaitkan bagi musim 2022/2023 masih agak berpatutan.

“Namun, bagi sebuah kelab seperti kami, yang meraih pencapaian kesukanan mampan dan memenuhi peringkat pelaburan yang diperlukan untuk bersaing dengan kelab-kelab ternama, pencapaian rendah yang diraih memberi kesan pada kewangan. Terutama kepada peraturan keuntungan dan kemampanan masa kini.

Leicester City berjaya raih sekitar 70 juta paun selepas menjual pemain bek tengah asal Perancis, Wesley Fofana kepada Chelsea pada Ogos 2022 dan pemain midfield England, James Maddison kepada Tottenham Hotspur dengan nilai 40 juta paun pada musim panas lalu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg