Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Leipzig mahu tidak kurang 100j euro bagi pemain sasaran City Josko Gvardiol

Beberapa pemain tonggak mungkin tinggalkan City semasa tempoh pindah
Jun 27, 2023 | 02:07 PM



MANCHESTER: Juara Liga Perdana England (EPL), Manchester City, sedang memburu pemain pertahanan RB Leipzig, Josko Gvardiol, tetapi kelab liga Jerman itu meletakkan harga sekurang-kurangnya 100 juta euro ($147 juta) bagi pemain itu.


Pemain asal Croatia berusia 21 tahun itu salah seorang pemain yang ingin dipancing pengurus City, Pep Guardiola, setelah beliau membuat penampilan dalam Piala Dunia 2022.

Difahamkan bahawa City dan pihak Gvardiol telah berhubungan.

Gvardiol mempunyai klausa pemindahan melebih 110 juta euro dalam kontraknya bersama Leipzig yang boleh dicetuskan pada musim panas seterusnya.

Ini bermakna Leipzig tidak bersedia untuk melepaskannya 12 bulan lebih awal pada harga lebih rendah.

Gvardiol membuat 41 penampilan bagi Leipzig pada musim lalu dan menjaringkan gol semasa menentang City dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, apabila mereka tewas 1-8 secara agregat.

Beliau telah membuat 21 penampilan bagi Croatia dan menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Maghribi dalam perlawanan tempat ketiga Piala Dunia di Qatar.

Dipercayai bahawa keupayaan bekas pemain Dinamo Zagreb di posisi pertahanan tengah, baik dalam barisan pertahanan tiga mahupun empat pemain, menjadikannya pilihan ideal bagi Guardiola.

Ini sedang pengurus City itu tidak lagi kerap menggunakan pemain antarabangsa Sepanyol, Aymeric Laporte, dan beliau mungkin berpindah dalam tempoh pemindahan ini.

Kontrak bagi Gvardiol mungkin menyaksikannya mengatasi Harry Maguire sebagai pemain pertahanan termahal di dunia selepas Manchester United membayar 80 juta paun ($137 juta) bagi Maguire pada 2019.

Kapten City, Ilkay Gundogan, telah menyertai Barcelona pada Isnin, manakala kelab itu telah memeterai perjanjian bernilai hingga 30 juta paun untuk menandatangani pemain tengah Chelsea, Mateo Kovacic.

Dalam pada itu, terdapat desas-desus beberapa pemain tonggak City mungkin meninggalkan kelab itu semasa tempoh pemindahan ini.

Antara mereka ialah pemain sayap kanan Kyle Walker, yang dikaitkan dengan Bayern Munich. Pemain berusia 33 tahun itu telah memenangi EPL sebanyak lima kali dalam enam musim bersama City.

Namun, beliau tidak diturunkan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara menentang Inter Milan baru-baru ini.

Riyad Mahrez seorang lagi pemain yang mungkin meninggalkan City setelah kelab liga Arab Saudi Al-Ahli mengemukakan tawaran dalam apa yang dikatakan sebagai kontrak lima kali ganda lebih besar daripada yang sedang dinikmatinya di City. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >