Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG FINAL: TUMPUAN KEPADA PERANCIS

'Les Bleus' pilihan ramai julang Piala Dunia

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



MOSCOW: Perancis akan beraksi dalam final Piala Dunia buat kali ketiganya malam esok dengan pasukan pimpinan Didier Deschamp akan turun ke padang sebagai pilihan kuat untuk menewaskan Croatia, sekali gus menjulang mahkota itu buat kali kedua - selepas kejayaan di tanah air sendiri pada 1998.



Sepanjang Piala Dunia Russia ini, Les Bleus terbukti antara pasukan paling berbakat dan seimbang - gagah daripada penjaga gawang kepada benteng pertahanan, midfield dan serangan.



Membandingkan pemain, Perancis jelas mempunyai kelebihan ke atas Croatia pimpinan Zlatko Dalic yang pasukannya akan tampil buat pertama kali dalam Piala Dunia ini.



Penjaga gawang



Penjaga gawang Perancis, Hugo Lloris, menunjukkan prestasi kelas dunia menyelamatkan gawangnya, terutama daripada percubaan Martin Caceres dari Uruguay di suku akhir dan Toby Alderweireld dari Belgium di separuh akhir.



Seterunya dari Croatia, Danijel Subasic, pula merupakan wira pasukannya dalam dua babak sepakan penalti. Beliau juga beraksi cemerlang semasa kemenangan ke atas England.



Tetapi tidak syak lagi siapa yang lebih handal: Lloris semakin menyerlah apabila menyelamatkan pasukannya pada detik-detik penting kejohanan ini mengingatkan orang ramai bahawa beliau adalah penjaga gawang terbaik di Piala Dunia Russia ini.



Pertahanan



Bukan mudah mengatasi gandingan pertahanan Perancis kelas dunia - Samuel Umtiti dari Barcelona dan Raphael Varane dari Real Madrid.



Mereka terlalu handal, gagah dan lebih baik berbanding Domagoj Vida dan Dejan Lovren yang jelas terkial-kial membendung pemain lawan yang lincah seperti Raheem Sterling, Jesse Lingard dan Dele Alli di babak awal pusingan separuh akhir Khamis lalu.



Kelincahan serta sentuhan-sentuhan cemerlang bintang muda Perancis, Kylian Mbappe, dijangka memporak-perandakan pertahanan Croatia.



Midfield



Inilah yang akan jadi 'penentu' final malam esok - Croatia yang menampilkan barisan midfield kelas dunia yang termasuk Luka Modric, Ivan Rakitic dan Marcelo Brozovic.



Tetapi Perancis juga bukan calang-calang dengan kehadiran N'Golo Kante, Paul Pogba dan Blaise Matuidi.



Menjalankan tugasnya secara 'senyap', Kante memiliki keupayaan 'mengunci' Modric, sekali gus menjejas kelancaran serangan Croatia.



Pogba juga cemerlang sejauh ini - mengetepikan glamor sendiri dengan melaksanakan tugasnya di tengah padang dengan berkesan.



Serangan



Antoine Griezmann begitu hebat, Olivier Giroud mampu menyambar peluang tersaji manakala Mbappe kini di landasan menjadi superstar Piala Dunia ini.



Croatia tidak mempunyai seorang pun penyerang yang dapat menandingi bintang-bintang Perancis itu tetapi mereka mempunyai Mario Mandzukic yang begitu berbisa setiap kali diberi ruang bertindak di petak penalti, dan Ivan Perisic yang bergerak di sayap padang.



Kesimpulannya, kededuanya - Perancis dan Croatia - memiliki bakat-bakat hebat dengan 10 daripada mereka beraksi dalam La Liga.



Tetapi tidak syak lagi, Perancis memiliki pemain-pemain yang lebih berbakat bertaburan di serata padang. - Agensi berita.




SAKSIKAN PERLAWANAN



- Peminat bola sepak boleh menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dengan Croatia di 55 kelab masyarakat seperti Keat Hong CC dan ACE The Place CC di Woodlands Avenue 1.



- Penduduk Tampines juga boleh menyaksikan perlawanan itu di Our Tampines Hub.



- Final juga akan ditayangkan di OCBC Square, Hab Sukan Singapura, sempena 'Pesta Bola Sepak @ Hab Sukan Singapura'. Pelbagai acara menarik bagi seisi keluarga turut disediakan termasuk pertandingan sepakan penalti, jejaki 'laluan bola sepak' dan pertunjukan bola sepak bebas sebagai menyemarakkan 'Pesta Bola Sepak' pada hujung minggu ini.



- Mediacorp juga akan menyiarkan perlawanan itu secara langsung di televisyen menerusi saluran okto.



- Perlawanan bermula 11 malam esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >