Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Leverkusen juara Jerman buat kali pertama

Era Bayern kuasai Bundesliga berakhir setelah 11 musim
Apr 15, 2024 | 02:47 PM



LEVERKUSEN: Xabi Alonso alami “perasaan amat hebat” selepas Bayern Leverkusen menjulang perisai juara Bundesliga pertama mereka dengan berbaki lima perlawanan, selepas kemenangan 5-0 mereka ke atas Werder Bremen.


Bayern Munich menewaskan Cologne pada 13 April, yang bermakna Leverkusen terpaksa menangguhkan meraikan kejayaan mereka menjuarai liga Jerman itu sekurang-kurangnya sehari.

Namun pada 14 April, Leverkusen mengadakan sambutan besar selepas kemenangan besar mereka di padang sendiri, BayArena.

“Kami harus menikmati dan meraikannya bersama keluarga, rakan dan penyokong,” kata Alonso.

“Ini musim (penuh) pertama saya sebagai pengurus, perasaannya sungguh hebat,” tambah beliau.

Jaringan penalti Victor Boniface pada minit ke-25 meletakkan Leverkusen di landasan kemenangan sebelum Granit Xhaka dan Florian Wirtz menjaringkan gol masing-masing dalam 10 minit pada separuh masa kedua.

Wirtz menambah jaringan pada minit ke-82, dan apabila beliau mendapatkan ‘hat-trick’ pada minit ke-90, penyokong Leverkusen masuk padang untuk meraikannya.

Xhaka dan Wirtz berkata mereka masih tidak boleh percaya akan kejayaan itu.

“Sudah tentu pada permulaan musim ini, kami tidak dapat membayangkan ini,” kata Xhaka, yang menyertai Leverkusen daripada Arsenal pada Julai 2023.

“Secara peribadi, saya masih tidak percaya perkara ini telah berlaku. Saya masih perlukan masa di bilik persalinan untuk memahami apa yang telah kami capai,” ujar Wirtz.

Kemenangan Bundesliga Leverkusen menandakan tamatnya era Bayern yang memenangi 11 kejuaraan lalu liga itu berturut-turut.

Tanpa satu pun kekalahan dalam semua pertandingan musim ini, Leverkusen masih berpotensi menambah pencapaian mereka, dengan memenangi ‘treble’.

“Leverkusen tidak merumitkan keadaan dalam musim Budesliga ini. Ini merupakan satu pujian terbesar.  Persembahan mereka yang konsisten dan keputusan perlawanan mereka sungguh mengagumkan,” kata presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Bernd Neuendorf.

Leverkusen masih bertanding dalam Piala Jerman dan Liga Eropah.

Pencapaian Xabi turut mendapat pujian dan perhatian pengurus lain.

“Kesan Xabi Alonso jelas dilihat. Pemain beliau bermain sebagai sebuah pasukan yang teguh, mereka berdisiplin secara taktikal dan pada masa yang sama mempunyai daya kreatif,” kata pengurus pasukan kebangsaan Jerman, Julian Nagelsmann.

Ramai sudah menjangka kemenangan kejuaraan liga Leverkusen beberapa minggu kebelakangan ini.

Bila, bukan apakah, mereka akan dapat meraikan kemenangan itu? Ini yang menjadi soalannya.

Jangkaan penyokong Leverkusen dapat dirasakan di BayArena sebelum perlawanan bermula. apabila penyokong kelab itu menyambut pasukan mereka dengan konfeti.

Pada permulaan perlawanan, penjaga gawang Werder, Michael Zetterer, berjaya menghalang percubaan Piero Hincapie menjaringkan gol pertama.

Namun, pertahanan Werder tidak dapat bertahan lama, dan gawang mereka dibolosi melalui jaringan penalti Boniface, selepas penalti diberi apabila penolong pengadil video mendapati Julian Malatini telah mengasari Jonas Hofmann dalam kotak penalti.

Werder hampir-hampir menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama berakhir, tetapi Marvin Ducksch tidak dapat memanfaatkan peluang tersebut.

Namun, jaringan hebat jarak jauh Xhaka pada separuh masa kedua membantu pasukannya mengawal perlawanan.

Wirtz turut menghasilkan jaringan jarak jauh hanya lapan minit selepas jaringan Xhaka.

Perlawanan terpaksa dihentikan seketika apabila penyokong memasuki padang untuk meraikan gol kedua Wirtz, dan apabila penyokong masuk padang sekali lagi pada minit ke-90, pengadil perlawanan terpaksa mengakhiri perlawanan tersebut.

Leverkusen berada dalam zon penyingkiran apabila Alonso mengambil alih sebagai pengurus pada Oktober 2022.

Kini, hanya 18 bulan kemudian, mereka juara Bundesliga. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >