Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Leicester, Tottenham menang manakala Real Madrid seri

Sep 28, 2016 | 07:54 AM



LEICESTER: Leicester City menjamin kemenangan Liga Juara-Juara kedua berturut-turut apabila Islam Slimani menjaringkan gol tunggal yang menundukkan Porto pada Selasa (27 Sept).



Leicester kini di atas Kumpulan G dengan enam mata selepas Slimani menanduk kuat bola hantaran silang Riyad Mahrez pada separuh pertama untuk gol keenamnya dalam empat perlawanan terakhirnya menentang Porto, setelah menyertai Leicester daripada Sporting Lisbon pada Ogos.



Ia kali pertama Leicester merasai bola sepak Liga Juara-Juara di tempat sendiri.



Dalam satu lagi perlawanan Liga Juara-Juara, pemain sayap Korea Selatan, Son Heung Min, menyumbatkan gol Tottenham Hotspur yang mengalahkan CSKA Moscow 1-0 di Moscow.



Tiga mata itu meletak Tottenham di tempat kedua Kumpulan E, satu mata di belakang Monaco, yang seri 1-1 dengan Bayer Leverkusen dalam permainan lain kumpulan itu.



Andre Schuerrle pula menyelamatkan Borussia Dortmund dengan gol penyamaan pada minit ke-87 untuk memberi keputusan seri 2-2 dengan Real Madrid, di Dortmund.



Real hanya beberapa minit daripada kemenangan pertama di Dortmund dalam enam percubaan, dan keputusan tersebut bermakna juara bertahan itu hanya menang empat kali dalam 30 perlawanan di tempat lawan menentang kelab Jerman.



Ia mendahului apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-95 Liga Juara-Juaranya.



Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan, tetapi Raphael Varane meletak Real di depan sekali lagi, sebelum Dortmund menyamakan kedudukan pada babak akhir.



Dalam satu lagi perlawanan, Sevilla mengalahkan Lyon 1-0 melalui gol oleh Wissam Ben Yedder di Seville. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >