Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea, City perlukan 3 mata

Jan 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Empat mata daripada 15 mata maksimum telah meletakkan tekanan ke atas pengurus Chelsea, Frank Lampard.



Kekalahan di tangan Everton, Wolves dan paling melukakan bagi penyokong The Blues itu, di tangan seteru utama, Arsenal, selain hanya mampu seri bersama Aston Villa bermakna Chelsea yang memulakan Disember di tangga kedua, kini terjerumus ke tangga keenam - enam mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.



Bekas penyerang Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink, berkata meskipun masih mempunyai masa untuk kembali mendaki tangga liga, Lampard kini tertekan untuk memastikan pasukannya kembali menang.



"Lebih-lebih lagi dengan jadual liga yang begitu ketat. Satu atau dua kemenangan, dengan lain-lain keputusan menyebelahi anda, anda akan kembali mendaki tangga liga," kata Hasselbaink.



"Tapi sebaliknya juga boleh berlaku. Jika Chelsea gagal kembalikan momentum kemenangan secepat mungkin, mereka mungkin akan mendapati diri mereka terlalu jauh daripada kumpulan pasukan di atas," ujar beliau, yang menjaringkan 127 gol dalam 288 perlawanan Liga Perdana England.



Bersetuju, Lampard berkata pasukannya perlu kembali kepada asas kerana hakikatnya mereka adalah pasukan muda yang masih lagi belajar.



"Adakah persembahan baik pada awal musim melalaikan mereka? Mungkin, tapi saya rasa kami adalah satu pasukan muda yang masih lagi berkembang. Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, kami telah melupakan asas bola sepak yang telah membawa kami sejauh ini.



"Saya telah beritahu pemain bahawa ini tidak dapat diterima. Kita perlu kembali kepada asas. Itu saja huraian kepada masalah yang kita hadapi sekarang," ujar beliau lagi.



Huraian tersebut perlu ditemui bermula dengan perlawanan menentang Manchester City pada 12.30 tengah malam ini (waktu Singapura) di Stamford Bridge.



City pula telah berehat panjang setelah perlawanan mereka menentang Everton dibatalkan pada saat-saat akhir ekoran kebimbangan mengenai penularan Covid-19.



Sekurang-kurangnya dua pemain City; penyerang, Gabriel Jesus dan pemain pertahanan, Kyle Walker, disahkan dijangkiti koronavirus.



Anak buah Pep Guardiola itu kini menduduki tangga kelapan dan berkongsi mata dengan Chelsea iaitu 26 mata, meskipun mereka mempunyai dua perlawanan dalam tangan.



Jika City berjaya memungut mata penuh, mereka boleh melonjak ke tangga kelima, mengatasi Chelsea.



Bekas pemain City, Micah Richards berkata pasukan tersebut juga perlu mula menunjukkan konsistensi pada 2021 untuk kembali memperkukuh kedudukannya sebagai pencabar kepada Liverpool bagi takhta EPL.



Richards berkata persembahan anak buah Pep sejauh ini jauh daripada memuaskan.



"Mereka dapat mengatasi pasukan lebih 'kecil' dengan agak mudah dengan kualiti yang mereka ada. Tapi bila berdepan dengan pasukan yang lebih berkualiti, mereka tampak seperti pasukan "biasa-biasa" sahaja," ujar Richards, yang merupakan pemain termuda yang menjadi kapten City.



Menurut Richards, beliau yakin City mempunyai kelebihan ke atas Chelsea berdasarkan pengalaman pemain yang mereka miliki.



"Chelsea berada di tempat yang sukar sekarang. Mereka mempunyai krisis keyakinan dan di sinilah pemain lebih berpengalaman Manchester City boleh merebut peluang.



"Tapi saya rasa pasukan City sekarang merindukan pemain seperti David Silva. Kreativiti Silva dapat meringankan beban pemain seperti Kevin De Bruyne dan menjadikan City lebih mengancam sebagai sebuah unit," ujarnya.



Guardiola sebelum ini juga menekankan anak buahnya harus lebih tajam di depan gol dan menyempurnakan peluang yang dirintis.



City sejauh ini hanya berjaya menjaringkan 21 gol - jumlah paling rendah dalam lapan pasukan teratas liga.



"Kita perlu menangani keadaan ini dengan lebih baik. Penyerang kami mempunyai kebolehan menjaringkan gol, itu pasti. Isunya sekarang ialah untuk memberi mereka keyakinan," ujarnya.



Ramai peminat City yang tidak berpuas hati dengan keengganan Guardiola menurunkan penyerang utama mereka, Sergio Aguero, yang sejauh ini memainkan peranan dari bangku simpanan.



Namun, menjelaskan Guardiola berkata Aguero perlu diurus dengan betul bagi memastikan beliau tidak terus dihambat masalah kecederaan.



"Bagi Kun (Aguero), kami perlu bersikap adil kepada beliau dan juga kelab ini. Beliau mempunyai beberapa masalah kecederaan yang perlu diurus dengan betul bagi memastikan apabila beliau kembali sepenuhnya, beliau berada pada tahap 100 peratus dan tidak akan lagi diganggu masalah kecederaan," ujar Guardiola.



Dengan kededua pasukan perlu menang untuk kekal bersaing dengan kelab-kelab seperti Liverpool, Manchester United dan Leicester City, pengamat bola sepak dyang juga bekas penyerang Chelsea, Chris Sutton, berkata beliau menjangkakan perlawanan yang menarik.



Sutton meramalkan pertarungan akan dimenangi di tenaga penggempur memandangkan kededua kelab mempunyai barisan pertahanan yang agak stabil.



"Pemain seperti Dr Bruyne dan Christian Pulisic akan memainkan peranan penting, tapi usah ketepikan kemungkinan bahawa pemain muda seperti Masaon Mount dan Phil Foden juga boleh meninggalkan kesan.



"Saya menjangkakan perlawanan yang menarik dengan setiap pasukan turun padang dengan matlamat mendapatkan tiga mata," ujarnya. - Agensi berita.




LAMPARD: CHELSEA DAH LUPA ASAS BOLA SEPAK



"Adakah persembahan baik pada awal musim melalaikan mereka? Mungkin, tapi saya rasa kami adalah satu pasukan muda yang masih lagi berkembang. Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, kami telah melupakan asas bola sepak yang telah membawa kami sejauh ini.

Saya telah beritahu pemain bahawa ini tidak dapat diterima. Kita perlu kembali kepada asas. Itu saja huraian kepada masalah yang kita hadapi sekarang.''

- Frank Lampard, pengurus Chelsea.



GUARDIOLA: CITY KURANG KEYAKINAN



"Kami perlu menangani keadaan ini dengan lebih baik. Penyerang kami mempunyai kebolehan menjaringkan gol, itu pasti. Isunya sekarang ialah untuk memberi mereka keyakinan.''
- Pep Guardiola, pengurus Manchester City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >