Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Penjaga gol rasa tertipu: Man U tak tunai janji pilih saya No 1

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penjaga gawang Dean Henderson telah menyifatkan layanan yang diberikan kepadanya di Manchester United bak satu jenayah.



Henderson, 25 tahun, yang kini telah berpindah dari United ke Nottingham Forest bagi tempoh pinjaman semusim, berkata demikian semasa bercakap kepada wartawan berhubung perpindahannya itu.



Beliau berpindah ke Forest, yang naik ke Liga Perdana England (EPL) dari liga Championship bagi musim yang bermula esok, selepas gagal menggantikan David de Gea sebagai penjaga gawang utama di Old Trafford.



Menurut Henderson, beliau telah diberitahu akan diutamakan sebagai penjaga gawang pada musim lalu, tetapi terlepas peluang itu selepas cederan sejurus sebelum Kejohanan Eropah 2020 dan dijangkiti Covid-19 di permulaan kempen.



Justeru, Henderson berkata beliau berasa tidak berdaya mengubah nasibnya dan begitu marah kepada cara United melayannya.



Beliau berkata pengurus baru, Erik ten Hag, belum lagi menyapanya sejak menyertai kelab itu pada Mei lalu.



"Sejujurnya, tempoh 12 tahun yang lalu adalah yang paling sukar dalam kerjaya saya," kata Henderson, dalam wawancara dengan Talksport.



"Keadaan itu amat mengecewakan, kerana saya menolak beberapa peluang untuk dipinjamkan ke kelab-kelab lain pada musim panas tahun lalu kerana United berkata saya akan menjadi penjaga gawang nombor satu.



"Tapi, hakikatnya, perkara itu tidak berlaku," kata Henderson.



Henderson dipilih sebagai penjaga gawang utama oleh Ole Gunnar Solskjaer pada separuh kedua musim 2020-2021, tetapi tidak dipilih beraksi dalam final Liga Europa semasa menentang Villareal dari La Liga Sepanyol.



Musim yang selanjutnya bermula dengan kecederaan jangka panjang dan Henderson tidak lagi dipilih secara tetap oleh Solskjaer atau penggantinya, pengurus sementara Ralf Rangnick.



Malah, beliau hanya beraksi dalam tiga perlawanan sepanjang kempen musim itu.



Henderson berkata:



"Saya diberitahu saya akan menjadi penjaga gawang nombor satu selepas Euro. Tapi saya dijangkiti Covid-19, dan menyusuli itu, tiada sesiapa yang memastikan janji itu dikota.



"Justeru, saya terpaksa duduk di bangku simpanan selama 12 bulan... dan pasa usia ini, ia bak satu perbuatan jenayah terhadap kerjaya saya.



"Saya memberitahu pentadbiran bahawa saya ingin beredar dan satu perjanjian telah dicapai sebelum pengurus baru menyertai kelab itu. Kini, saya hanya ada satu matlamat, iaitu untuk membantu Forest sepanjang musim dan saya akan berusaha gigih untuk memastikan kami berjaya."



Pengakuan Henderson ini mendedahkan Ten Hag mempunyai cabaran lebih besar untuk mengembalikan ketenangan dan menghuraikan ketegangan dalam kalangan pemainnya.



Pemain bertaraf bintang Cristiano Ronaldo, yang sebelum ini telah menyuarakan hasrat beredar dari kelab itu, telah dapat dipujuk oleh Ten Hag untuk kekal di sana. - Agensi berita.




"Sejujurnya, tempoh 12 tahun yang lalu adalah yang paling sukar dalam kerjaya saya.

Keadaan itu amat mengecewakan, kerana saya menolak beberapa peluang untuk dipinjamkan ke kelab-kelab lain kerana United berkata saya akan menjadi penjaga gawang nombor satu.

Tapi, hakikatnya, perkara itu tidak berlaku.''

- Dean Henderson yang kini berpindah dari United ke Nottingham Forest bagi tempoh pinjaman semusim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >