Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU ARSENAL LAWAN LIVERPOOL

Liverpool ujian paling getir Arsenal sejauh ini

Oct 09, 2022 | 06:51 AM



LONDON: Tujuh menang dan satu kalah merupakan sebuah rekod cemerlang.



Namun, para pengkritik Arsenal mengatakan selain Manchester United, pasukan 'Gunners' belum lagi berdepan pasukan yang benar-benar mampu menguji keupayaan mereka.



Bahkan, dalam perlawanan dengan United di Old Trafford itu, Arsenal mengalami kekalahan tunggalnya musim ini manakala kemenangan mereka pula ialah di tangan Crystal Palace, Leicester City, Bournemouth, Fulham, Aston Villa dan Brentford.



Namun, ini sebelum anak buah Mikel Arteta itu berentap dengan Tottenham Hotspurs dalam perlawanan London 'derby' minggu lalu.



Dalam perlawanan tersebut, Arsenal merakamkan kemenangan mudah 3-1.



"Kemenangan Arsenal ke atas Spurs membuktikan ini adalah sebuah pasukan Arsenal yang berbeza dari apa yang kita lihat dalam beberapa tahun lalu," kata bekas kapten England dan Newcastle, Alan Shearer.



Namun, beliau akur bahawa ujian-ujian getir bagi pasukan pimpinan Mikel Arteta itu ialah dalam minggu-minggu akan datang, dan enam kemenanangan sebelum pertemuan dengan Spurs minggu lalu, tidak boleh dijadikan kayu ukur sebenar.



"Adakah mereka mampu menyaingi Manchester City untuk kejuaraan liga? Saya rasa belum lagi," tambah Shearer.



Namun, ujian getir tersebut sudah pun berkunjung tiba dengan Liverpool, antara pasukan terhebat dunia, bertandang ke Stadium Emirates malam ini (11.30 malam waktu Singapura).



Meskipun, anak buah Jurgen Klopp, sedang melalui masa-masa sukar dalam liga domestik, ramai berpendapat ia hanya memerlukan sedikit masa sebelum Liverpool menemui momentum dan rentak mereka yang sebenar.



Sedang Arsenal melangkah ke perlawanan ini di tangga pertama, Liverpool pula tersadai di tangga kesembilan dengan lima keputusan seri sejauh ini.



Bekas kapten dan pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, berkata dari perspektif Arsenal, sekarang ini adalah tempoh terbaik untuk berdepan dengan pasukan Anfield itu.



"Atas beberapa sebab, Liverpool musim ini sukar mendapatkan rentak mereka. Saya rasa kehilangan Sadio Mane adalah satu sebab utama, begitu juga kecederaan...



"Namun, mereka telah menunjukkan persembahan yang memberangsangkan dalam Liga Juara-Juara Eropah menjelang perlawanan dengan Arsenal ini dan saya yakin Liverpool akan memberi ujian yang sukar bagi pasukan 'Gunners'," ujarnya.



Liverpool menewaskan pasukan Scotland, Glasgow Rangers, 2-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara.



Klopp bagaimanapun menekankan, pasukannya melangkah ke perlawanan ini sebagai 'underdogs' meskipun mereka tetap yakin dapat mengatasi Arsenal sekali gus mengekang kemaraannya di persada liga.



"Kami harus memulakan kempen kami, masanya sekarang," ujar Klopp.



"Saya harus akui, pasukan kami sedang melalui cabaran keyakinan diri tapi penawarnya adalah mudah, keputusan positif menentang antara pasukan terhebat dan pendahulu liga di England," kata beliau lagi.



Arteta, dalam pada itu, tegas bahawa pasukannya tidak akan dibuai keyakinan yang terlalu tinggi sehingga menjejas persembahan mereka.



Menurutnya, Arsenal sedang membangun dan maju hasil kerja keras, kesungguhan dan kepercayaan semua kepada proses pembangunan kelab itu.



Dan proses ini belum selesai.



"Kami belum selesai, ini bukan kemuncak keupayaan pasukan ini," ujar beliau.



"Pemain tahu mereka harus sentiasa merendah hati, belajar dan bekerja keras. Itu tuntutan kami terhadap pemain, setiap hari. Di padang latihan, di medan perlawanan, fokusnya dan tumpuan kami sama," kata beliau lagi.



Justeru, Shearer berkata beliau menjangkakan perlawanan sengit dengan Arsenal mengasak kubu pertahanan Liverpool manakala Liverpool, dengan ancamana pemain seperti Mohamed Salah dan Roberto Firminho, menguji keutuhan benteng pertahanan Arsenal.



"Barisan serangan yang diterajui Gabriel Jesus telah mendapat pujian meluas, tapi bagi saya benteng pertahanan Arsenal sejauh ini begitu menakjubkan dan mereeka harus meneruskan persembahan ini dalam perlawanan menentang Liverpool, menentang barisan serangan yang merupakan antara yang terbaik di Eropah," ujarnya.



Carragher juga bersetuju, bahawa perlawanan malam ini adalah ujian paling getir bagi Arsenal.



"Arteta akan mahu kemenangan kelapan bukan hanya untuk tiga mata, tapi untuk menyemarakkan lagi semangat dan keyakinan pasukan muda Arsenal ini.



"Liverpool pada masa yang sama juga perlukan suntikan keyakinan, terutama dalam pemain seperti Trent Alexander-Arnold, yang perbezaan antara musim-musim lalu dengan musim ini, bagai langit dengan bumi," katanya. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >