Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND PREVIU: FULHAM LWN MANCHESTER UNITED

Fulham, United mahu tiga mata sebelum tumpuan beralih ke Qatar

Nov 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Menyusuli kekalahan 1-3 di tangan Aston Villa dalam perlawanan liga minggu lalu, Manchester United pasti mahu mendapatkan keputusan positif menentang Fulham malam ini (12.30 tengah malam waktu Singapura), sebelum kempen liga digantung untuk Piala Dunia di Qatar.



Setelah sembilan perlawanan tanpa kalah, anak buah Erik Ten Hag gagal menjadikannya 10 perlawanan berturut-turut apabila tewas di tangan Villa, yang menyambut pengurus baru mereka, Unai Emery.



Meskipun faktor kehadiran pengurus baru itu dikatakan sebagai sebab utama kecemerlangan Villa, yang sebelum ini hanya mencatatkan tiga kemenangan sepanjang musim sekali gus menyebabkan jurulatih, Steven Gerrard, dipecat, bekas pemain pertahanan United, Gary Neville, berkata ia mendedahkan masalah yang masih menghantui pasukan 'Red Devils' itu.



"United perlukan penyerang, atau penyudah, bagi menyempurnakan peluang yang dirintis, atau yang mampu mengancam kubu lawan secara konsisten.



"Dalam perlawanan menentang Villa, United gagal mengancam gawang lawan dan sejujurnya kecuali untuk beberapa babak perlawanan, umumnya Villa tampak selesa dan tidak tergugat," ujarnya.



Bersetuju dengan penilaian Neville itu, seorang lagi bekas pemain United, Owen Hargreaves, juga menekankan bahawa United juga perlu lebih berdaya tahan di barisan pertahanan.



Dalam hal itu, Hargreaves berkata pasukan 'Red Devils' itu memerlukan konsistensi dalam gandingan pemain bek tengah mereka.



"(Lisandro) Martinez adalah pemain yang baik, dan saya rasa beliau adalah pilihan utama di barisan pertahanan.



"Sejak beberapa minggu lalu, gandingannya dengan Raphael Varane juga tampak mantap. Malangnya Varane gagal menikmati tempoh yang panjang di mana beliau kekal bebas kecederaan dan ini menimbulkan masalah," ujarnya.



Namun, menjelang perlawanan menentang Fulham di Craven Cottage, Ten Hag berkata beliau mahu para pemain melupakan kekalahan di Villa itu.



"Ia persembahan yang sangat mengecewakan. Kami telah memberitahu pandangan kami kepada pemain, dan mereka bersetuju dan turut hampa.



"Perlawanan itu sudah berakhir. Kini masanya untuk kita memandang ke depan dan fokus kepada satu lagi pasukan yang baik, iaitu Fulham," katanya.



Ramalan berdasarkan data meletakkan United sebagai pasukan pilihan dengan hampir 55 peratus peluang menang, manakala peluang bagi Fulham merebut tiga mata penuh kurang 25 peratus.



Bagaimanapun, Ten Hag berkata beliau tidak memikirkan sangat soal data dan ramalan, kerana yang penting ialah cara pemain bersiap sedia dan beraksi di padang.



Pasukan pimpinan Marco Silva itu menduduki tangga ke-sembilan, berkongsi mata dengan Liverpool, di tangga ke-lapan, dengan rekod lima menang, empat kalah dan lima seri. Penyerang mereka, Aleksandar Mitrovic, juga adalah antara lima penjaring terbanyak Liga Perdana England (EPL) dengan sembilan gol dalam 12 perlawanan.



"Rekod mereka menunjukkan mereka adalah pasukan yang baik dan mantap. Mereka pasukan yang menarik... mereka berani menyerang lawan. Ini perlu kita perhatikan. Mereka miliki penyerang yang baik, dengan pemain baik menyokong di barisan serangan.



"Justeru, para pemain sedar mereka perlu bermain pada tahap yang tinggi lebih-lebih lagi kami bermain di padang lawan,'' ujar Ten Hag.



APA TAKTIK FULHAM HADAPI UNITED?



Pengurus Fulham, Marco Silva, juga mahu pasukannya mengakhiri musim - sebelum liga berehat untuk memberi laluan kepada Piala Dunia - dengan tiga mata penuh.



"Penting bagi kami berehat dengan momentum yang baik untuk dibawa apabila liga disambung semula.



Malangnya, kami bertemu Manchester United, antara pasukan terhebat di England. Tapi saya rasa pasukan kami tidak mempunyai apa-apa yang harus dibimbangkan dan boleh turun ke padang bermain dengan yakin dan menunjukkan keupayaan pasukan yang sebenar," ujarnya.



Hargreaves berpendapat, Silva mungkin akan terpanggil untuk memperkenalkan taktik permainan lebih 'direct' atau dengan mengumpan bola langsung ke kotak penalti United.



"Dengan Mitrovic, mereka mempunyai pemain yang lasak, yang boleh menimbulkan masalah kepada benteng pertahanan United.



"Saya rasa dalam babak-babak pertama, mereka harus bermain secara 'direct'. Kerana jika Fulham berjaya menjaringkan gol awal, ia akan meletakkan tekanan ke atas United untuk memastikan perkara yang sama seperti di Villa Park tidak berulang," ujarnya.



Neville, bagaimanapun enggan membayangkan United sebagai pasukan 'underdog' dalam perlawanan ini.



"Jika United serius mahu membuka lembaran baru, mereka harus melihat perlawanan seperti malam ini sebagai tiga mata dalam genggaman. Mereka mesti mempunyai pemikiran seperti itu. Meletakkan tekanan ke atas Fulham sejak minit pertama, mendominasi perlawanan, menyerang dengan berani.



"Itu yang gagal mereka lakukan dalam perlawanan menentang Villa dan ia telah berkesudahan dengan kekalahan.



"Jadi United tiada pilihan lain," ujarnya. - Agensi berita.




FULHAM BERANI MENYERANG

"Rekod mereka menunjukkan mereka adalah pasukan yang baik dan mantap. Mereka pasukan yang menarik... mereka berani menyerang lawan. Ini perlu kita perhatikan. Mereka miliki penyerang yang baik, dengan pemain baik menyokong di barisan serangan.

Justeru, para pemain sedar mereka perlu bermain pada tahap yang tinggi lebih-lebih lagi kami bermain di padang lawan.''


- Pengurus Man U Erik Ten Hag "Penting bagi kami berehat dengan momentum yang baik untuk dibawa apabila liga disambung semula.



MAN U PASUKAN HEBAT 

Malangnya, kami bertemu Manchester United, antara pasukan terhebat di England. Tapi saya rasa pasukan kami tidak mempunyai apa-apa yang harus dibimbangkan dan boleh turun ke padang bermain dengan yakin dan menunjukkan keupayaan pasukan yang sebenar.''

- Pengurus Fulham, Marco Silva 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >