Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Perdana Singapura: Albirex, Sailors seri 2-2; peminat boleh ke stadium mulai 10 April

Apr 08, 2021 | 12:51 AM



JUARA bertahan Albirex Niigata dan pasukan bola sepak swasta pertama Singapura Lion City Sailors terpaksa berkongsi mata selepas seri 2-2 dalam perlawanan mendebarkan di Stadium Jalan Besar malam Rabu (7 April).



Perlawanan ini dijangka menentukan peluang kededua pasukan kegemaran itu dalam mengangkat kejuaraan Liga Perdana Singapura musim ini.



Albirex dan Sailors menunjukkan kehebatan serangan mereka sejak awal perlawanan dengan masing-masing memiliki beberapa peluang jaringan.



Namun, Albirex lebih klinikal merebut peluang mereka ketika tandukan pemain midfield Ryoya Taniguchi membolos gawang Hassan Sunny pada minit ke-17 untuk membuka tirai perlawanan.



White Swans menambah kesengsaraan pasukan tuan rumah dengan satu lagi gol hasil tandukan pemain pertahanan Shuya Yamashita pada minit ke-42.



Tiga minit kemudian, penyerang Stipe Plazibat, bangkit tinggi menanduk gol liga kelimanya musim ini, untuk memberikan Sailors talian hayat sebelum waktu rehat. 



Babak kedua menyaksikan Sailors gigih mencari gol penyamaan.



Sailors dihadiahkan penalti pada minit ke-85 setelah tendangan bebas Shahdan Sulaiman terkena tangan pemain Albirex.



Namun, tendangan penalti Plazibat berjaya diselamatkan Takahiro Koga.



Pasukan Sailors kendalian Aurelio Vidmar hampir mencatat kekalahan kedua mereka dalam lima perlawanan liga, sebelum tandukan kuat pemain bek tengah Jorge Fellipe menemui sasaran pada minit ke-87. 



Keputusan seri itu mengekalkan Albirex di puncak tangga dengan 11 mata manakala Sailors menghuni tangga keempat mengumpul lapan mata.



Dalam perlawanan lain liga malam ini, Tampines Rovers membelasah Young Lions 7-0 manakala Balestier Khalsa menang 2-1 menentang Geylang International.



Tanjong Pagar pula mengutip mata pertama mereka dalam liga musim ini setelah seri 3-3 dengan Hougang United. 



Sementara itu, penonton boleh menghadiri perlawanan Liga Perdana Singapura di stadium mulai hujung minggu ini, umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) petang ini. 



Sehingga 250 penonton akan dibenarkan masuk ke stadium perlawanan mulai 10 April, secara percuma.



Namun, mereka perlu menunjukkan bukti keputusan ujian negatif bagi Covid-19 - sama ada dengan menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) atau ujian pantas antigen (ART) - atau sijil pengambilan dua dos penuh vaksin Covid-19 untuk dibenarkan masuk ke stadium.



Kemasukan bersyarat ini akan berlangsung untuk perlawanan sehingga 23 April. 



Mulai 24 April, sehingga 250 penonton boleh menghadiri perlawanan di stadium tanpa sebarang ujian diperlukan, selaras dengan garis panduan yang diumumkan pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19 pada 24 Mac lalu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >