Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Liga Perdana S'pura dijangka perkenal VAR musim depan

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



LIGA Perdana Singapura (SPL) bakal menjadi liga bola sepak profesional kedua di rantau Asean selepas Thailand untuk menggunakan teknologi video penolong pengadil (VAR), dengan pegawai "yakin" melaksanakannya seawal 2023.



Pengarah pengadil Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Nazeer Hussain, yang juga memimpin projek itu, berkata ia kini berada di peringkat ketiga pelaksanaan dan "fokus pada persiapan dan latihan pegawai perlawanan dan teknologi VAR". Terdapat lima peringkat kesemuanya.



Beliau menambah: "Sesi latihan sedang berjalan lancar dan kami dalam proses menjadual lawatan untuk pegawai Fifa datang ke sini dan menilai kemajuan kami, dan meluluskan penggunaan VAR di Singapura.



"Masih ada kerja yang perlu dilakukan tetapi jika semuanya berjalan lancar, kami yakin dapat melaksanakan VAR dalam SPL tahun depan."



Nazeer berkata proses pelaksanaan VAR boleh mengambil antara 12 hingga 18 bulan, menurut Program Pelaksanaan Bantuan dan Kelulusan (IAAP) yang dibangunkan Fifa. Namun, beliau menambah bahawa FAS telah dapat "bekerja secara berkesan dalam garis masa yang dipendekkan", dengan sokongan komitmen daripada pengadil, pengajar dan kakitangan.



Sekatan Covid-19 bermakna pengurus pengadil projek VAR Fifa, Michael Bailey; ketua projek pelaksanaan VAR, Dirk Schlemmer; dan pengurus teknologi bola sepak, Bhaveshan Moorghen, hanya boleh terbang ke Singapura pada Februari 2022, apabila mereka menjalankan bengkel dua hari untuk menetapkan asas dan memulakan projek itu, kata FAS.



Pengadil tahap Fifa, Taqi Jahari - yang dilantik pegawai perlawanan video pada Piala Dunia akan datang di Qatar - dan tenaga pendidik teknikal Fifa, John Chia, juga bersedia untuk melengkapkan dan melatih bakal pegawai untuk memenuhi keperluan teknikal Fifa.



Badan pentadbir bola sepak dunia itu juga menyokong usaha Singapura melalui Program Ke Hadapan Fifa, yang sebahagiannya membiayai kos projek tersebut.



Menurut laporan The Straits Times, difahamkan butiran seperti kos dan jumlah kamera yang digunakan akan diumumkan pada tarikh lebih dekat dengan pelaksanaannya.



VAR telah diperkenalkan dalam dunia bola sepak sejak 2016, dengan sistem itu tertera dalam Undang-Undang Permainan pada 2018. Ia hanya boleh digunakan semasa perlawanan untuk insiden kesilapan yang jelas dan nyata atau insiden serius yang terlepas dilihat dalam empat situasi yang melibatkan gol, penalti, kad merah yang langsung dilayangkan, dan identiti yang salah.



Di Singapura, mendiang presiden FAS, Lim Kia Tong, telah mencetuskan idea untuk menggunakan VAR dalam SPL pada 2021 dengan hasrat untuk meningkatkan taraf bola sepak tempatan dan meningkatkan tahap pengadilan.



Nazeer menambah: "FAS sentiasa berusaha meningkatkan kualiti bola sepak di sini dan satu elemen utama adalah prestasi pegawai perlawanan kami. Kami mahu mereka sentiasa mengikuti perkembangan terkini ketika mengadil, baik dari segi pengetahuan mereka tentang permainan mahupun dengan melengkapkan mereka dengan bantuan teknologi."



Berita mengenai pelaksanaan VAR yang akan datang disambut baik oleh fraterniti bola sepak tempatan. Kapten Lion City Sailor, Hariss Harun, berkata: "Ia adalah langkah terbaik untuk permainan di sini, kerana liga (terbaik dunia) juga menggunakan VAR. Saya fikir ia akan digunakan untuk mengurangkan kesilapan jelas pada saat-saat penting untuk memastikan keadilan, dan bukan untuk mengadili semula keseluruhan perlawanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >