Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Lim Kia Tong tidak disaingi, kekal presiden FAS

FAS
Mar 31, 2021 | 05:30 AM



LIM Kia Tong kekal sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bagi tempoh empat tahun kedua, selepas pencalonan bagi pemilihan persatuan itu ditutup kelmarin lalu tanpa calon lain.



Peguam itu memberitahu The Straits Times: "Saya terbuka kepada sebarang persaingan kerana ini menunjukkan ada orang ingin tampil secara sukarela dan sumbangkan banyak masa bagi bola sepak Singapura.



"Kami gembira bukan kerana tiada persaingan, kerana pasukan kami dibentuk untuk menjadi hamba bola sepak Singapura. Kami tahu kami perlu bekerja keras untuk menggerakkan inisiatif Unleash the Roar supaya maju ke depan.



"Kesinambungan relevan dan memang baik untuk kepimpinan, kerana kita bekerjasama secara sebuah pasukan baik, tetapi kami juga menyambut baik sebarang idea progresif daripada orang lain demi manfaat bola sepak Singapura."



Diumum Mac lalu, rangka tindakan Unleash the Roar merupakan inisiatif nasional yang bertujuan menyemarakkan piawaian bola sepak Singapura dengan cita-cita melayakkan diri ke Piala Dunia 2034.



Pasukan FAS yang dilantik dianggotai 15 individu, termasuk presiden, seorang timbalan presiden, empat naib presiden dan tiga anggota majlis.



Jika mereka lulus pemeriksaan kelayakan dan integriti oleh jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan peguam Raymond Ng pada 5 April, Lim akan disokong timbalan presiden Bernard Tan, naib presiden S. Thavaneson, Teo Hock Seng, Razali Saad dan Ben Teng serta anggota majlis Dr Dinesh Nair, Lionel Lewis dan Goh Tat Chuan.



Mantan pengerusi Geylang International Teng, bekas pemain antarabangsa Singapura Lewis dan Goh merupakan tambahan kepada pasukan itu.



Enam anggota lain akan dipilih daripada lapan calon.



Satu-satunya wanita, Julie Teo, akan menyertai majlis itu jika beliau menepati syarat tertentu yang diletakkan FAS kerana perlembagaan persatuan itu menyatakan sekurang-kurangnya seorang anggota wanita diperlukan.



Ini bermakna Ashley Arriola, Harman Ali, Lim Tong Hai, Darwin Jalil, Rizal Rasudin, Zaki Ma'arof dan Romzi Damiri akan bersaing bagi memenuhi lima jawatan lain.



Sementara itu, 40 anggota biasa akan dipilih secara fizikal di Hotel Orchard pada 28 April.



Ini pemilihan pertama FAS selepas pasukan Lim menewaskan pasukan yang dipimpin pengerusi Bill Ng pada 2017.




"Kesinambungan relevan dan memang baik untuk kepimpinan, kerana kita bekerjasama secara sebuah pasukan baik, tetapi kami juga menyambut baik sebarang idea progresif daripada orang lain demi manfaat bola sepak Singapura."
- Lim Kia Tong, presiden FAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >