Lion City Sailors juara Liga Perdana S’pura
May 10, 2025 | 8:05 PM
Pemain Lion City Sailors (LCS), Lennart Thy (dua dari kanan) cuba mengatasi saingan pemain Tanjong Pagar. LCS menang 1-0 dan memastikan Liga Perdana Singapura (SPL) musim kali ini menjadi milik mereka. Pada 18 Mei ini, LCS akan menentang Sharjah FC dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam final Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2). - Foto ST
Pasukan Lion City Sailors (LCS) muncul juara Liga Perdana Singapura (SPL) bagi musim kali ini selepas berjaya menundukkan Tanjong Pagar United 1-0 pada 10 Mei.
Ini meskipun LCS masih mempunyai baki dua perlawanan SPL menentang Balestier Khalsa pada 14 Mei dan Tampines Rovers pada 24 Mei.
Jaringan penalti Maxime Lestienne pada minit ke-21 cukup mengesahkan kejayaan buat pasukan bimbingan Aleksandar Rankovic itu.
Pada 18 Mei ini, LCS akan menentang Sharjah FC dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam final Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2).
Perlawanan final itu akan berlangsung di Stadium Bishan.
Laporan berkaitan
Penjaring gol terbanyak SPL jadi buruan kelab May 8, 2025 | 12:01 PM
Sailors giat persiap Stadium Bishan bagi final Liga Juara-Juara Asia 2May 5, 2025 | 4:56 PM

