Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lionel Messi julang Piala Dunia sulung selepas Argentina menang 4-2 menerusi sepakan penalti

Dec 19, 2022 | 02:09 AM



LIONEL Messi menerima selamat tinggal yang sempurna pada awal pagi Isnin (19 Disember) setelah memimpin Argentina menjulang trofi kejuaraan Piala Dunia 2022 dalam penampilan terakhirnya di kejohanan terbesar bola sepak itu.



Argentina menewaskan juara bertahan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti selepas saingan akhir terikat 3-3 berikutan masa tambahan di Stadium Lusail.



Penjaga gol Argentina Emiliano Martinez menjadi wira pasukan ketika menyelamatkan sepakan penalti pemain Perancis, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni.



Kemenangan ini adalah yang ketiga buat Argentina sekali gus mengakhiri kemarau 36 tahun pasukan La Albiceleste bergelar juara dunia.



Negara Amerika Selatan itu sudah memenanginya dua kali pada 1978 dan 1986.



Ini bagaimanapun merupakan kejuaraan sulung Messi, 35 tahun, dalam 26 penampilannya merentasi lima edisi Piala Dunia.



Piala Dunia 2022 adalah kemenangan kejohanan utama kedua berturut-turut Argentina selepas jurulatih Lionel Scaloni membimbing pasukan menjuarai Copa Amerika 2021.



Di Doha, Qatar awal pagi ini, Argentina mendahului saingan dengan sepakan penalti Messi dan jaringan mantap Angel Di Maria pada babak pertama.



Namun, Perancis bangkit pada separuh kedua dengan dua gol Kylian Mbappe untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.



Messi kelihatan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-108.



Tetapi, Mbappe sekali lagi beraksi hebat melakukan hatrik selepas menyempurnakan sepakan penalti keduanya 10 minit kemudian.



Perlawanan terikat 3-3 dan ditentukan menerusi tendangan penalti.



Meskipun Perancis gagal mempertahankan kejuaraannya, Mbappe tidak pulang dengan tangan kosong dari Qatar.



Mbappe, yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-24 pada 20 Disember, menggondol anugerah But Emas sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan.



Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu mengatasi rakan sepasukan kelab, Messi dengan lapan gol berbanding tujuh.



Edisi seterusnya Piala Dunia akan dianjurkan bersama Amerika Syarikat, Canada dan Mexico pada 2026.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >