Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lions bakal beraksi dalam dua perlawanan di Stadium Negara

Mar 4, 2025 | 2:52 PM
Orang ramai diajak menyokong pasukan Lions dalam dua perlawanan di Stadium Negara.
Orang ramai diajak menyokong pasukan Lions dalam dua perlawanan di Stadium Negara. - Foto PERSATUAN BOLA SEPAK SINGAPURA

Dalam persiapan pasukan Lions untuk perlawanan pembukaan dalam pusingan terakhir kelayakan Piala Asia Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Saudi Arabia 2027 menentang Hong Kong, mereka akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal pada 21 Mac di Stadium Negara.

Perlawanan kelayakan menentang Hong Kong pula adalah pada 25 Mac.

Bagi perlawanan persahabatan menentang Nepal pada 21 Mac, tiket akan dijual pada harga $32 bagi Kategori 1; $22 bagi Kategori 2; dan $12 bagi Kategori 3.

Bagi perlawanan menentang Hong Kong pada 25 Mac, tiket akan dijual pada harga $35 bagi Kategori 1; $25 bagi Kategori 2; dan $15 bagi Kategori 3.

Penyokong luar akan ditempatkan secara eksklusif di Zon Barat, dengan setiap tiket dijual pada harga $25 bagi perlawanan persahabatan dengan Nepal dan $30 untuk kelayakan menentang Hong Kong.

Penyokong yang ingin menghadiri kedua-dua perlawanan boleh mendapatkan pakej tiket khas – satu tiket untuk kedua-dua perlawanan dalam kategori yang sama. Pakej Kategori 1 akan dijual pada harga $50; pakej Kategori 2 pada harga $35; dan pakej Kategori 3 pada harga $20.

Penyokong juga boleh menantikan promosi awal dari Isnin, 3 Mac, 5 petang hingga Jumaat, 7 Mac, 11.59 malam dengan diskaun 25 peratus untuk mana-mana tiket perlawanan bagi salah satu daripada dua perlawanan tersebut, sah untuk semua kategori.

Tiket untuk kedua-dua perlawanan boleh dibeli mulai Isnin, 3 Mac, 5 petang. Penyokong boleh membeli tiket melalui Ticketek dan laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Pada hari perlawanan, tiket akan dijual di Kaunter Tiket Singapore Sports Hub di Kallang Wave Mall, dari 3 petang hingga 9.45 malam, jika masih ada baki tiket.

Penyokong digalakkan membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan barisan panjang dan risiko tiket habis dijual.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg